1. Tidak
kira siapa mereka, berambut gondrong atau berserban, apabila sudah mengangkat
senjata menentang kerajaan Islam yang sah dan membunuh orang Islam yang lain,
mereka ini tidak lebih dari banjingan dan pengacau.
2. Anda (Komunis)
mengaku bahawa anda telah berjuang dengan penuh ikhlas untuk membebaskan negara
ini dan kini anda kecewa kerana sudah dilupakan. Bagaimana dengan ribuan
tentera Melayu Islam serta kaum-kaum bumiputera lain yang putus kakinya, patah
lehernya, pecah dadahnya dan yang mati di atas taktik kamu yang pengecut dengan
menanam ranjau pada laluan mereka.
3. Hari ini, kamu
mahu kami mengiktiraf kamu, bagaimana pula dengan bapa saudara saya yang kamu
belah isi perutnya hingga terburai di padang sekolah di bandar Segamat pada
tahun 1946 dahulu kerana beliau seorang anggota polis dan kakitangan kerajaan.
4. Bagaimana dengan
ribuan Melayu seperti aruah nenek saya, yang kamu taruh najis dan digaulkan
bersama nasi untuk dimakan ketika beliau ditahan. Di mana kamu? wahai Komunis
Melayu ketika rakan-rakan berbangsa Cina kamu menganiaya guru-guru agama kami
dan anak-anak muda kami yang enggan mengikuti perjuangan kamu.
5. Bagaimana ribuan
nasib anak bangsa yang tidak pernah minta diiktiraf dari zaman Datuk Bahaman,
Mat Kilau sehingga ke penubuhan Rejimen Askar Melayu Pertama dan pahlawan kami
seperti Leftenan Adnan yang mati tanpa lelah berjuang untuk negara ini.
6. Mereka di atas
turut menentang penjajah, sultan-sultan kami juga menentang penjajah. Bagaimana
nasib askar-askar kami yang menentang kamu apabila negara ini sudah mencapai
kemerdekaan sedangkan kamu terus-terusan masih mengangkat senjata dan membakar
hingga rentung daging anggota polis kami di Bukit Kepong pada 23 Feb 1950.
7. Kamu kata kamu
berjuang untuk nusa, agama dan negara. Jika demikian bagaimana dengan ulamak
kami, seperti Kiai Salleh, seorang guru mengaji yang mengangkat senjata
menentang kekejaman soldadu kamu di Bandar Muar, Johor pada 1945.
8. Kamu pasti ingat
bagaimana ulamak dan wali-wali Melayu ketika itu mengirimkan parang terbang
untuk memutuskan urat nadi komunis kamu bukan?, Mengapa ya ketika itu ulamak
dan wali-wali serta ribuan pendekar Melayu mengangkat selendang merah dan
mengasah keris pusaka mereka untuk menentang kamu. Adakah mereka ini tali barut
British?.
9. Kamu tahu kamu
siapa? Buku merah komunis yang kamu gunakan dan diletakkan tinggi tarafnya
dengan Bible serta Al Quran. Siapa yang mengarangnya, jika bukan Karl Marx,
rakyat Jerman yang berketurunan Yahudi dan merupakan sebahagian dari agenda
Dajal Al Masehi yang turut melaksanakan gerakan revolusi ke atas keluarga di
raja Russia, Peranchis dan Amerika Syarikat sepaya mudah tangan-tangan halus
ini menguasai dunia melalui perancangan yang sudah bermula ribuan tahun lepas.
10. Kamu pejuang
kemerdekaan? Bagaimana kamu kata kamu pejuang kemerdekaan, sedangkan selepas
1957 kamu masih menyembelih dan mencungkil serta mencacatkan jenazah-jenazah
askar Melayu yang beragama Islam sepanjang mereka berjuang menentang kamu di
antara tahun 60, 70an dan 80an.
11. (UNTUK ORANG MELAYU
BUKAN KOMUNIS) — Kamu pun satu bodoh…di mana kamu berada ketika negara ini
diperjuangkan oleh orang Umno sehingga terpacaknya sebuah kerajaan Melayu Islam
di rantau ini.
12. Kamu kata ini
perjuangan kemerdekaan negara ini merupakan dakyah Umno, jadi kamu yang tolol
dan buta sejarah ini sanggup menerima jika satu hari ada orang kata yang KAMU
ORANG MELAYU BUKAN BERASAL DARI TANAH INI.
13. dan bahawasanya
negara ini bukan dimerdekakan oleh pemimpin Melayu Islam dalam parti Umno
tetapi KAUM LAIN yang tidak meletakkan diri mereka setaraf seperti kamu.
14. Hairan dengan
kaliannnn…kamu membenci parti yang mewakili kaum kamu dan agama kamu sendiri,
hari ini kamu menyokong partai pengganas yang berpaksikan kepada komunis,
digerakkan oleh seorang lelaki bukan Melayu dan di dalam kitab komunisnya
menolak semua kepercayaan beragama. Kamu patut ke neraka kerana fahaman inilah
yang menerapkan ideologi bahawa “AGAMA ITU ADALAH CANDU MASYARAKAT” dalam erti
kata lain, agama itu melalaikan.
15. Hari ini kamu
kata sejarah yang ditulis menipu kamu???? Kamu sudah membaca sejarah Singapura?
Apa perasaan kamu di mana buku-buku teks sejarah di Singapura menyatakan bahawa
pulau itu ditemui oleh Stamford Raffles, TANPA MENYEBUT SEDIKIT PUN MENGENAI
SANG NILA UTAMA dan kerajaan Melayu yang sudah sedia ada di situ.
16. Buku sejarah
Singapura menipu kamu, orang Melayu Singapura disebabkan
kepentingan-kepentingan kaum satu lagi yang kini menjadi semakin dominan
apabila Kamu, duhai anak Melayu yang tolol berpecah.
17. Sejarah negara
ini tidak pernah menipu kamu kerana kalendar dan memo negara ini ditulis oleh
orang Melayu sendiri. Gampang kamu ini kerana tidak mahu membaca sejarah kamu
sendiri yang ditulis dengan tinta airmata dan darah, kamu tahu peristiwa
Kalabakan??? Kamu tahu Kiai Salleh? Kamu tahu peristiwa Natrah? Kamu tahu 13
Mei, Kamu tahu Konfrantasi? Kamu tahu peristiwa Bukit Payung? Kamu tahu tragedi
Batu Pahat Okt 1980, Mana letaknya maruah kamu wahai Melayu.
18. (UNTUK
SEGELINTIR PEJUANG MELAYU ISLAM) — Biarkan mereka ini. Hari ini kuasa kita
mengecil tetapi apa yang berlaku merupakan aturan Allah Taala. Nampak gayanya
pada saat kita berpecah, semakin banyak fahaman asing yang masuk dan meracuni
pemikiran yang dikatakan “Open Mind” anak-anak muda kita yang masih merangkak di
universiti.
19. Mereka ini
memang tolol, secara tidak langsung. Menyokong kembalinya seorang komunis
seperti Chin Peng. Sebenarnya, agenda sebenar kaum satu lagi ini ialah untuk
mengangkat lagenda Chin Peng sebagai seorang pejuang kemerdekaan.
20. Cuba kalian
bayangkan impaknya 20-30 tahun lagi, sejarah akan tertulis semula bahwa Chin
Peng pejuang dan kaum satu lagi ini sudah membuktikan sumbangan mereka kepada
kemerdekaan dan dengan mudahnya, sejarah dirombak meminggirkan lagi orang
Melayu.
21. Kalian harap
bersabar, ini bukan saat kita meraung, rapatkan saf dan susun juzuk perjuangan,
kita mungkin pernah melakukan kesilapan tetapi segala yang berlaku adalah
urusan Allah Taala.
22. Kepada pejuang
Melayu Islam, bangkit saudara…ini bukan masa untuk berdiam. Jangan malu memakai
songkok!!!
~ Salmi ~