Wednesday, 7 December 2011

SAMAN MAT SABU DI TOLAK MENTAH2....!!!


VS


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak saman yang dibawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terhadap Utusan Melayu (Malaysia)Berhad berhubung penerbitan satu artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.
Hakim Datuk John Louis O’Hara memutuskan saman yang difailkan plaintif (Mohamad) merupakan kes biasa dan jelas untuk ditolak, tanpa adanya kenyataan sokongan yang mencukupi mengenai butiran penerbitan dalam saman itu.
Oleh itu, katanya, saman itu menyakitkan hati, tidak serius, melampau dan menyalahguna proses mahkamah.
Katanya, plaintif (Mohamad) perlu mengesahkannya dengan butiran penerbitan yang mencukupi dalam samannya, yang diperlukan di bawah undang-undang.
Hakim O’Hara menolak saman itu dengan kos RM5,000.
Beliau membuat keputusan mengenai permohonan untuk menolak saman itu yang difailkan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu. Pada 14 September lepas, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, 57, memfailkan saman itu dan mendakwa bahawa kedua-dua defendan dengan berniat jahat menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos dan dua lagi artikel hari berikutnya, yang dikatakannya mengandungi elemen fitnah.
Beliau mendakwa ketiga-tiga artikel itu berkaitan dengan isu serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Johor.
Mohamad mendakwa penerbitan artikel-artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia merupakan penyokong komunis, telah menyimpang daripada ajaran Islam dan hilang keyakinan dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai seorang pengganas komunis.
Berikutan penerbitan artikel-artikel itu, Mohamad berkata dia berasa malu dan maruah, kredibiliti serta reputasinya juga terjejas.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk dan juga perintah mahkamah kepada defendan supaya memohon maaf dan menarik balik artikel yang didakwa memfitnah.-BERNAMA

Tuesday, 6 December 2011

KEMALANGAN PALING MAHAL DALAM SEJARAH...!!!

Tokyo – Satu konvoi kereta mewah terlibat dalam kemalangan di bandar Yamaguchi menyebabkan jalan berkenaan terpaksa ditutup selama lebih enam jam.
Apa yang menariknya, ia merupakan kemalangan kereta paling mahal di dalam sejarah melibatkan kerugian bernilai AS$3.58 juta.

Kemalangan tersebut membabitkan lapan kereta ferrari, tiga kereta Mercedes Benz dan sebuah Lamborghini serta dua kenderaan biasa.


Ia bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan serius.
Ketika kejadian, konvoi kereta mewah tersebut dalam perjalanan ke Hiroshima.
Polis percaya kemalangan tersebut berlaku selepas salah seorang pemandu Ferrari berkenaan cuba menukar laluan sebelum melanggar penghadang jalan.


“Kumpulan berkenaan memandu antara 140-160km/sejam,” kata seorang saksi.
Manakala seorang peronda lebuh raya, Eiichiro Kamitani berkata, dia tidak pernah melihat kemalangan seperti itu yang melibatkan banyak kereta mewah.



“Ferrari selalunya tidak bergerak dalam jumlah yang banyak,” katanya.
Sementara itu, salah seorang pemandu kenderaan berkenaan memaklumkan, sesetengah kenderaan mewah itu mengalami kerosakan teruk.
Sumber ::: MyNewsHub
Edit oleh : MiaZarra

BINATANG PUN SAYANG ANAKNYA.... MAYAT BAYI BAWAH KATIL.!!!

Gambar hiasan

Helah seorang pelajar mengadu sakit perut kepada keluarganya untuk mendapatkan rawatan di klinik terbongkar apabila dia sebenarnya baru melahirkan seorang bayi di rumahnya di Palong Timur 4 di sini pada 30 November lalu.

Pelajar berusia 15 tahun dan sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tersebut dipercayai melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 11.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali, pelajar itu kemudian mengadu sakit perut dan dihantar oleh keluarganya ke Klinik Palong Timur 4.


Ini entah kes yang ke berapa ratus ribu. Entah berapa ratus ribu jugak pasangan yang menanti dan mengharapkan kehadiran seorang bayi sebagai penyeri rumahtangga masing-masing. Sampai bila rasa 'kebinatangan' terus ada dalam diri setiap manusia yang melakukannya? Dosa apakah bayi itu sehingga diperlakukan sedemikian rupa? Kalau kesalahan itu atas kesilapan dan kehendak sendiri, berhakkah bayi itu menerima nasib sebegitu? 
Astaghafirullahal'azim..... wallahu'alam......

Monday, 5 December 2011

AWAS..!!!! SENJATA TERAKHIR ANWAR....!!!

Empat bulan selepas Pilihan Raya Umum ke -12, Anton Chaitkin, Editor di Executive Intelligence Review (EIR), sebuah majalah mingguan berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan satu maklumat berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mahathir bin Mohamad, Malaysia’s Prime Minister from 1981 to 2003, attacked Soros as a menace to humanity. In the brawl between Mahathir and the Soros faction, Malaysia jailed its finance minister, Anwar Ibrahim, an ally of the IMF and of the Mont Pelerin Society, on charges of corruption and sodomy”, dedahnya dalam rencana bertajuk “The Zimbabwe Trust Gang In Other Capers“.
Bagi sesetengah pihak, pendedahan wartawan AS berkenaan penglibatan Anwar Ibrahim dengan IMF  (International Monetary Fund) merupakan sesuatu yang biasa, namun pengesahan wartawan Barat berkenaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjadi ‘proksi’ kepada penyangak matawang Yahudi, George Soros adalah luar biasa.

Kerana sebelum ini, sangat jarang di kalangan wartawan sama ada tempatan atau luar negara, benar-benar yakin dan pasti untuk mengesahkan hubungan Anwar dengan Soros tersebut.
Sebaran maklumat pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia hanya menyebut hubungan Anwar dengan Al Gore, William Cohen, Madeline Albright, James Wolfensohn dan Michel Camdessus dan nama Soros tidak disebut langsung.
Ketika itu tokoh-tokoh di atas adalah sangat penting kerana mereka adalah Naib Presiden AS, Setiausaha Pertahanan AS, Setiusaha Negara AS, Presiden Bank Dunia dan Pengarah Urusan IMF.
Berbeza dengan Chaitkin, wartawan EIR dalam rencananya Julai 2008 hanya memfokuskan kaitan Anwar dengan satu nama iaitu Soros.
Lebih luar biasa lagi, apabila wartawan itu menyebut satu maklumat yang asing kepada rakyat Malaysia iaitu penglibatan Anwar dalam satu badan bernama Mont Pelerin Society.
Apa itu Mont Pelerin Society dan kenapa wartawan AS itu begitu yakin Anwar termasuk dalam rangkaian organisasi tersebut ?
Sebenarnya pendedahan wartawan dari EIR, sebuah majalah berkaitan dengan gerakan politik Lyndon LaRouche di AS ini adalah di bawah kerangka besar bertajuk “The Dirty Operation Against Zimbabwe: Soros, Abramoff, and British Africa".
Dalam rencana itu, Chaitkin yang bekas calon Mayor of New York City pada tahun 1973, mendedahkan bagaimana pakatan Soros, NED (National Endowment for Democracy), Abramoff dan tokoh British di Afrika beroperasi secara haram untuk menumbangkan sebuah kerajaan Zimbabwe.
Apakah Soros, NED, IMF, Mont Pelerin Society dan proksi tokoh tertentu berada dalam satu rangkaian dan merupakan resipi modus operandi untuk menumbangkan sesebuah kerajaan ?
Soros
Seorang lagi wartawan AS dari EIR yang mengesahkan hubungan Soros dengan Anwar adalah Mike Billington yang menulis secara lebih fokus dan menyeluruh berbeza dengan maklumat-maklumat wartawan lain sebelum ini.
Dalam rencananya, ‘Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back‘ (29 April 2005), wartawan itu mengesahkan Anwar menjadi proksi kepada Soros sejak 1997, zaman berlaku kegawatan ekonomi Malaysia, ketika Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia.
Menurut maklumat Billington, sebagai Menteri Kewangan, Anwar menyokong polisi IMF dan Soros dan berbeza dengan pendekatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Rencana Billington bertajuk “Anwar Ibrahim Defends Asia’s Colonial Masters” (29 April 2005), beliau mendedahkan bahawa falsafah yang dianuti Anwar, ‘Asian Renaissance‘ merupakan kunci utama Soros dan Wolfowitz menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Dalam rencananya, “Gore’s Racist Assault Against Malaysia” (11 April 2008), wartawan itu mendedahkan ketika Anwar dipecat 1998, dipenjarakan dan dibebaskan pada tahun 2004, bekas Timbalan Perdana Menteri itu disokong dan dibantu oleh trio Zionis AS – Al Gore, Wolfowitz dan Soros.
“Dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa,” kata Soros dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, yang menyalahkan Dr Mahathir, apabila proksinya dipenjarakan dan menggesa agar proksinya dibebaskan segera.
Dan rencana terakhir Billington, “British Empire Tool To Recolonize Malaysia” (12 September 2008), wartawan itu mendedahkan bagaimana pakatan trio Zionis membantu Anwar dari segi memberi jawatan-jawatan selepas Anwar menetap di AS sebagai punca pendapatan dan membina semula karier politiknya.
Demokrasi
Tanpa pendedahan wartawan AS, rakyat Malaysia tidak mengetahui secara jelas, bagaimanakah Soros membantu Anwar.
Lebih menarik lagi satu laman fordemocracy.net mendedahkan bagaimanakah Soros membantu Anwar dan partinya, ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipenjarakan di Sungai Buloh kerana kesalahan rasuah dan liwat.
Pada Jun 2000, wakil Soros di Malaysia, Elizabeth Wong (seperti yang disebut Senator Ezam Mohd Noor) mengiringi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menghadiri World Forum on Democracy (WFD) di Warsaw, Poland.
Selain Elizabeth yang ketika itu terlibat aktif dalam NGO hak asasi manusia, Adlin Zabri, felo di Institut Kajian Dasar (IKD)juga turut hadir.
Wan Azizah yang ketika itu Presiden Parti Keadilan Nasionaldijemput hadir sebagai salah seorang panel bertajuk “Culture and Democracy“.
Forum Wan Azizah bersama Kavi Chongkittavorn, Editor Eksekutif, The Nation (Thailand) dan Nasser Hadian, Pengarah Graduate Faculty of Law and Political Science, Universiti Tehran (Iran) dipengerusikan oleh Kenneth Adelman, Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah, Freedom House, sebuah yayasan yang berpengkalan di AS.
Kenneth Adelman adalah juga salah seorang rakan Anwar dalam ICG (International Crisis Group), satu lagi badan yang ditaja Soros.
Program itu dirasmikan oleh Madeleine K. Albright yang ketika itu Setiausaha Negara AS adalah tajaan the Stefan Batory Foundation(badan tajaan Soros) dan Freedom House. Maka tidak hairan Soros dan rangkaiannya disenaraikan penceramah utama dalam program tersebut.
Turut menjadi ahli panel adalah Aryeh Neier, Presiden Open Society Institute (OSI), Bette Bao Lord, Pengerusi Freedom House, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy(NDI), Peter Eigen, Pengerusi Transparency International, Thomas Melia, Naib Presiden National Democratic Insititute (NDI), Aleksander Smolar, Presiden Stefan Batory Foundation dan lain-lain.
“Forum ini adalah bertujuan untuk meraikan demokrasi di seluruh dunia…Empayar Soviet telah runtuh; banyak rejim autoritarian telah dihanyutkan; dan kebencian mula meningkat terhadap orang-orang yang tinggal di negara-negara seperti Iran, Peru, Malaysia dan Zimbabwe berkembang. Tetapi ia masih terlalu awal untuk mengisytiharkan sebagai kemenangan”, kata Soros.

- AIDCNews

FUZIAH TORON KENA BELASAH DI SIDANG DUN PAHANG..!!!


Menteri Besar Pahang, ketika membuat pembentangan bajet Pahang 2012 menimbulkan satu tanda tanya tentang keprihatinan kaum Pakatan terhadap Lynas dan projek-projek yang disauk oleh penyumbang dana mereka dari Lynas sendiri. 

Walaupun beberapa nama disebut terutama sekali Tan Sri Pheng yang mendapat hak supply steel kepada Lynas tetapi orang ini jugalah yang membiayai kumpulan anti-Lynas, kaum Pakatan terutama sekali Fuziah Salleh tidak akan memperkatakannya. 

Dan yang paling menarik ialah berhubung 1400 orang kakitangan Lynas yang akan hilang kerja setelah diusahakan bersungguh-sungguh oleh Fuziah Salleh dan Pakatan Rakyat. 


BACA SETERUSNYA..... KLIK DI SINI...

KUFUR SAMAKAN DENGAN NABI....!!!

ABDULLAH SA‘AMAH
Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Malah mereka turut mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ kerana bimbang ucapan orang fanatik seperti itu akan menjadi wabak dan malapetaka kepada masyarakat.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata, punca utama perkara tersebut berlaku adalah disebabkan jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.

“Orang Pas sememangnya taksub kepada pemimpin mereka dan tidak pelik perkara ini berlaku kerana sejarah telah membuktikannya, sebagai contoh di India kumpulan Qardiyani menganggap pemimpin mereka sebagai nabi.

“Hadis ulama pewaris nabi yang digunakan oleh Shamsul Zaman untuk merujuk Nik Aziz nabi adalah salah, ahli sunnah memahami ulama pewaris nabi dalam ilmu hukum dan meneruskan misi dakwah dan bukan menjadi nabi, kalau begitu semua ulama dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang berjuta-jutalah nabi.

“Kecintaan ‘Ustaz Budak’ itu kepada Nik Abdul Aziz keterlaluan dan melampaui batas sehingga mendewa-dewakannya melebihi segala-galanya sehingga tidak sedar batas-batas perkataan yang boleh membawa kufur atau murtad,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya MAIK menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

Desakan tersebut dibuat selepas sebuah portal detikaperubahan.com mendedahkan rakaman video yang menunjukkan Shamsul Zaman telah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi berasaskan hadis, ‘ulama adalah perwaris nabi’.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu bertanggungjawab dalam isu tersebut kerana sikapnya yang membentuk penyokong Pas menjadi taksub dan menanam kebencian kepada umat Islam dalam UMNO.

“Pada setiap minggu di hadapan Pejabat Pas Kelantan, Nik Abdul Aziz mengajar orang ramai supaya menganggap orang UMNO tidak Islam kerana mahu orang UMNO dan Pas bermusuh serta menanam benih-benih benci terhadap pemimpin parti itu.

“Dia turut bertanggungjawab dan jangan mendiamkan diri, kerana membenarkan pembohongan dan terlalu suka kalau dia dipuji dan dipuja,” katanya yang secara sinis bertanya adakah Ustaz Budak itu sudah mumayiz, dapat membezakan baik dan buruk atau akil baligh sehingga mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Jurucakap sebuah pertubuhan yang menghimpunkan warga institusi pondok tradisional, Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman pula berkata, Shamsul Zaman wajib bertaubat kerana kenyataan itu amat bertentangan dengan Islam.

“Hadis nabi yang sahih sudah jelas iaitu ‘tiada nabi lagi selepas aku’. Jadi bagaimanapun pula kita boleh samakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

“Dalam Islam mengaku Imam Mahadi pun haram apatah lagi nabi, dahulu al-Arqam dikenakan tindakan kerana pemimpinnya mengaku Imam Mahadi, sebab itu JAIK kena ambil tindakan,” katanya.

- Utusan Online

RAHSIA BESAR PAS DIDEDAH HADI AWANG...???!!!


Akhirnya Hadi Awang, Presiden PAS mengaku bahawa parti PAS selama ini diperkudakan oleh parti DAP!

Pengakuan Hadi Awang itu dinyatakan oleh beliau semasa majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati semalam.

Di antara kenyataan Hadi Awang yang satu ketika dulu menyebabkan perpecahan teruk seperti sembahyang 2 imam dek Amanat beliau :-

"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh.

Biar pun kenyataan Hadi Awang itu berkias sambil menyindir isu NFC yang masih di dalam siasatan tetapi pengakuan spontan beliau jelas menunjukkan kesediaan beliau melanggar segala ideologi parti PAS yang selama ini disokong oleh ahli-ahli parti PAS.

Tindakan Hadi Awang yang mengaku parti PAS diperkudakan oleh DAP itu tampak sinikal dan berseloroh.