Showing posts with label PONDAN. Show all posts
Showing posts with label PONDAN. Show all posts

Friday, 14 November 2014

JAWAPAN MENGAPA ISLAM TIDAK MENGHORMATI NAFSU SEORANG PEREMPUAN YANG TERPERANGKAP DALAM JASAD LELAKI ???


SAYA ditanya, “Mengapa Islam tidak menghormati nafsu seorang perempuan yang terperangkap dalam jasad lelaki?”

Di sini saya ingin menjawab secara logikal. Maka, saya tanya balik, “Mengapa kamu tidak menghormati jasad lelaki yang terperangkap dalam genggaman nafsu perempuan itu?”

Thursday, 19 July 2012

CERITA LELAKI TERCANTIK DI DUNIA.....




Cantik didunia. Kalau dilihat dengan mata kasar, memang tak nampak sangat dia ni secara aslinya adalah lelaki.

Disebalik kecantikannya yang luar biasa, sebenarnya Nong Poy Treechada adalah seorang Lelaki yang telah melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun.

Nong poy yang lahir pada tahun 1984 ini memiliki ketinggian 171 cm, Ukuran badan: 33-24-36 dan Berat: 48 kg. Jiwa ke’wanita’annya sudah mulai dirasakan sejak Nong poy berada di bangku Sekolah Rendah lagi.

Nong Poy merasakan dirinya lebih sesuai menjadi seorang perempuan berbanding lelaki dan Nong Poy sudah lama bermimpi untuk menjadi seorang perempuan, Tetapi jika dia berada dihadapan orang tuanya, Nong Poy masih berkelakuan seperti Anak Lelaki.  Nong Poy melakukan pembedahan ketika berumur 17 tahun.

Pada awalnya Nong Poy sangat takut melakukan pembedahan tersebut,tetapi setelah meminta nasihat dengan ramai doktor pakar, akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan menukar jantina tersebut.

Proses pembedahan itu sangat menyakitkan bagi Nong Poy. Dia mengalami kesakitan yang luar biasa, tapi demi ‘cita-cita’nya menjadi seorang perempuan, dia tidak ambil peduli dengan rasa kesakitan pada saat itu. Setelah dia berubah menjadi ‘perempuan’, rasa sakit itu dianggapnya sebagai berbaloi.

Dua tahun setelah melakukan pembedahan, Nong Poy berjaya memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ ketika berusia 19 tahun. Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004.

Dia semakin dihargai bukan semata-mata kerana prestasi di pentas dunia yang dia perolehi. Tidak seperti wanita lainnya, Nong Poy tidak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Dia hanya melakukan pembedahan pada anggota tubuhnya dan menukar alat kelaminnya menjadi wanita.

Oleh karena itu, dia pun ditawar sebagai Model, Bintang Iklan dan juga Pengacara di Thailand. Selain Cantik, Nong Poy juga bijak dan berbakat. Kecerdasan dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thiland. ‘Nong Poy Treechada’ yang nama sebenarnya ‘Treechada Petcharat’, dikatakan kononnya sudah bertunang dengan seorang Aktor Lelaki Thailand.

Ketika remaja


Saturday, 7 April 2012

ALAMAK..!!! PONDAN LA PULAK..!!!



SRI Wani Choo (kiri) berbincang dengan Muhammad Hafiz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.
Bekas dekan kesan jantina selepas setahun berkahwin

KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun berkahwin dengan ‘isteri’ ketiganya, bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Bahrom Sanugi memfailkan permohonan membubarkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, apabila mengesyaki pengusaha butik kecantikan itu seorang lelaki. 




Permohonan itu dikemukakan Bahrom, 61, (plaintif) pada 17 Januari lalu, selepas mendapat arahan daripada Jabatan Agama Islam Daerah Gombak pada 23 November 2010 supaya berpisah sementara dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37, (responden).
Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid, berkata anak guamnya membuat aduan ke Pejabat Agama apabila mengesyaki responden bukan seorang wanita sekitar 2010 selepas pasangan itu berkahwin di Songkla, Thailand pada 19 Ogos 2009 dengan mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah.

“Anak guam saya mempunyai bukti jelas berhubung jantina Sri Wani itu selepas menemui surat beranak yang menunjukkan beliau seorang lelaki. Malah dua nombor akhir pada kad pengenalannya adalah nombor ganjil sekali gus mengukuhkan bukti responden bukan wanita,” katanya.

Muhammad Hafiz berkata, mahkamah menetapkan 24 April ini untuk memutuskan sama ada responden perlu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya selepas pihaknya mengemukakan permohonan itu pada 18 Januari 2012 mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1998.

Bagaimanapun, Sri Wani berasal dari Bentong, Pahang yang memeluk Islam pada 2001 itu memfailkan bantahan terhadap permohonan terbabit tetapi tidak menyatakan alasan kukuh menerusi afidavit balasan kepada Bahrom sebaliknya beliau hanya mengemukakan jawapan mendakwa dirinya dianiayai.

 
Terdahulu, dalam prosiding di Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, Sri Wani hadir ke mahkamah berseorangan dengan memakai baju kurung dan berselendang ungu untuk memfailkan injunksi sebelah pihak terhadap dua isteri Bahrom kerana mendakwa difitnah.
 

TQMEDIAPRIMATV ~ AAKJ