Showing posts with label PELIK. Show all posts
Showing posts with label PELIK. Show all posts

Friday, 13 July 2012

MISTERI YANG TIDAK DAPAT DISELESAIKAN OLEH FBI.....


Ada banyak kejadian aneh dan misteri yang tak dapat dijelaskan dengan akal normal. Secara ilmiah sukar dihuraikan, mungkin melalui kejadian supranatural. Artikel ini bukan bermaksud membahaskan kejadian pelik tersebut, tapi kejadian-kejadian ini benar-benar terjadi dan sampai sekarang tidak mampu dijelaskan sebabnya. Bahkan FBI juga telah angkat tangan untuk menyiasat tentang kes-kes tersebut.
Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh yang terjadi di dunia :
1. Rumah Hantu The Amityville

Sunday, 1 July 2012

TEKANAN DARAH TINGGI BOLEH DIKURANGKAN DENGAN MAKAN KENTUT..????



Menurut satu kajian yang dijalankan di Hospital Zhongda, terletak di Nanjing China, Hydrogen Sulfida yang terkandung di dalam kentut mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

Namun para penyelidik masih belum dapat mengenal pasti berapa banyakkah dos kentut yang harus dimakan oleh seorang pesakit darah tinggi bagi menyembuhkannya.

Turut menjadi persoalan ialah, sama ada seseorang pesakit itu dapat menerima kaedah "makan kentut" ini sebagai satu bentuk rawatan.

Sebelum ini, satu kajian yang telah dibuat di Universiti Johns Hopkins menunjukkan, tekanan darah tinggi seekor tikus mampu dikawal menggunakan Hidrogen sulfida daripada kentut.

Namun kaedah ini belum lagi dibuat ujikaji ke atas manusia.

Ada ke sesiapa di sini yang sanggup menjadi Objek ujikaji ini?

Sumber: wantchinatimes.com

***Kajian yang pelik..... sesuai untuk binatang ...sesuai juga ke untuk manusia..???

Sunday, 3 June 2012

KISAH BUDAK TINGGAL DENGAN KAMBING

[Image: Shasa-T-dibesarkan-oleh-kambing-300x224.jpg]

SHAKHTI (Russia): Pekerja kebajikan masyarakat terkejut apabila menemui kanak-kanak berusia dua tahun tinggal dalam bilik yang penuh dengan kambing.

Kanak-kanak liar itu yang dikenali sebagai Sasha T, dibiarkan tinggal bersama-sama haiwan itu oleh ibunya.

Menurut sumber, dia bermain dan tidur dengan kambing berkenaan, tidak pandai bercakap atau makan seperti manusia.

Timbalan Ketua Kebajikan Masyarakat di Rostov, sebuah wilayah di Russia berkata: “Ketika kami tiba, Sa- sha duduk di bilik yang sejuk itu, tanpa pakaian. Ibunya tiada di rumah. “Dia sentiasa berdepan dengan maut. Rumah itu terlalu kotor dan busuk. Kami mengambil kanak-kanak itu dan membawanya ke hospital.

“Doktor berkata, kerana cara hidupnya itu menyebabkan otaknya tidak berkembang.” Doktor Natalya Simonina berkata: “Sasha enggan tidur di atas katil. Dia cuba tidur di bawahnya. Dia terlalu takut dengan orang ramai.

“Dia cuba memecahkan apa saja yang dilihatnya. Dia tidak boleh bercakap atau memegang sudu.” - Agensi

Wednesday, 30 May 2012

'KAILKAN' DIRI SENDIRI HANYA KERANA IKAN YU....!!!

Protes Penangkapan Ikan Yu

Seorang gadis bertindak berani dengan mempamerkan tanda protesnya terhadap penangkapan ikan yu yang dilakukan secara berleluasa hingga boleh mengancam dan menyebabkan habitat ikan yu menjadi pupus.
Cuma, aksi protes di gadis tersebut mengundang perasaan ngeri dan takut kepada penonton-penontonnya.
Alice Newstead gadis yang berasal dari Amerika telah menggantungkan dirinya dengan kail yang sama digunakan untuk memburu ikan yu.
Alice telah mencucukkan kail itu dibelakang badannya iaitu di tulang belikat dan mengantungkan dirinya seolah-olah seperti ikan yu sedang berenang.
Tindakan protes itu dilakukan di Butik Kosmetik LUSH di negara tersebut.
Ngeri. Memang ngeri!
 Ikan Yu

 Ikan Yu

 Ikan Yu

 Ikan Yu

 Ikan Yu

Sumber: borakkosong.com

Tuesday, 29 May 2012

IKAN MILIKI 3 CIRI SPESIS BERBEZA..

SAWYER dengan ikan Frankenstein yang ditangkapnya.
SAWYER dengan ikan Frankenstein yang ditangkapnya.

LONDON: Pemancing, Mark Sawyer terkejut apabila dia menangkap ikan ‘Frankenstein.’

Sawyer, 53, pengarang majalah Angling Times berkata, ikan itu kelihatan terdiri daripada tiga spesies berbeza. 
“Kepala ikan itu seperti ikan lipas, badan dan ekornya seperti ikan emas coklat sementara sirip duburnya seperti ikan kakap,” kata Sawyer.

Dia menangkap ikan berkenaan ketika memancing ikan kap di Tasik Magpie di Cambridge. - DM





Sunday, 6 May 2012

PELIK TAPI BENAR : IKAN KELI BERKEPALA 2


Sekali pandang dari atas... mcm ikan keli biasa.....



Walaupun dah banyak kejadian kembar kepala dua ni gua tengok sepanjang hidup, tapi ini kira first time gua tengok kewujudan ikan kembar berkepala dua beb..

Kejadian pelik lagi aneh ni berlaku di negara China.. Seorang suri rumah terkejut setelah mendapati salah seekor ikan keli yang dibelinya berkepala dua..

Akhirnya, ikan keli menjadi hidangan makan malam kepada keluarga tersebut..





Seolah-olah ikan itu sedang mengangakan mulutnya....


2 Kepala ikan yang bertindih atas dan bawah itu kelihatan sedikit 'menakutkan'......penulis.