Showing posts with label INTERNET. Show all posts
Showing posts with label INTERNET. Show all posts

Friday, 24 August 2012

TIKAM BAPA SAUDARA KERANA GILA INTENET


Hiasan

TAIPEI  - Seorang remaja perempuan didakwa menikam bapa saudaranya sehingga mati setelah bapa saudaranya itu menegurnya supaya berhenti melayari Internet pada lewat malam.

Menurut laporan berita tempatan, gadis tersebut yang berusia 19 tahun dan dikenali dengan nama keluarga Lin, ditahan di bandar Miaoli di barat laut negara ini selepas dia disyaki menikam bapa saudaranya di perut menggunakan sebilah pisau sepanjang 29 sentimeter.

Berdasarkan siasatan awal, polis berkata, gadis tersebut dikatakan sedang melayari Internet pada kira-kira pukul 2 pagi dan bapa saudaranya meminta dia berhenti melayari Internet, menyebabkan berlaku pergaduhan kecil sebelum gadis tersebut mengeluarkan pisau.
Bapa saudaranya yang berusia 37 tahun itu meninggal dunia di hospital tempatan.

Menurut nenek suspek yang turut tinggal di rumah tersebut, mangsa yang merupakan seorang yang panas baran bertindak memutuskan bekalan elektrik di rumah itu ketika Lin sedang melayari Internet kerana berang dengan tindakan anak saudaranya itu tidak mengendahkan arahannya.

Gadis itu berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun atau hukuman mati jika didapati bersalah. - DPA

Tuesday, 24 April 2012

AWAS!! 300 RIBU PENGGUNA MUNGKIN KEHILANGAN AKSES INTERNET JULAI INI....!!!

WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) hari ini memberi amaran bahawa lebih daripada 300,000 pengguna internet di seluruh dunia mungkin kehilangan akses internet pada Julai ini susulan satu penipuan bernilai jutaan ringgit. 

Bagaimanapun, pengguna boleh menarik nafas lega apabila FBI berjaya mencipta langkah penyelesaian yang mana mangsa siber itu hanya perlu melayari dcwg.org,

Bagi membolehkan mereka menyemak sama ada dijangkiti virus sekali gus menghapuskan sebarang perisian yang mendatangkan ancaman. Terdahulu, enam rakyat Estonia ditahan atas tuduhan penipuan pada November lalu, dua tahun selepas FBI melancarkan Operasi Hantu Klik bagi mengesan kumpulan yang menyerang komputer di seluruh dunia dengan malware “DNS Changer” mereka, yang berfungsi mendedahkan komputer itu kepada virus. - AFP