Lebih 40 orang maut selepas bas mini yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung dan terbakar di barat daya Pakistan, daerah Lasbela, Balochistan, pada pagi Ahad. Menurut laporan reuters, 41 mayat telah ditemui, dengan beberapa antaranya melecur teruk sehingga tidak dapat dikenal pasti.
