Monday, 9 July 2018

9 HARI TERPERANGKAP DALAM GUA THAM LUANG, PEMAIN BOLASEPAK DAN JURULATIH DITEMUI SELAMAT

maklumat terperinci tentang kes 12 kanak kanak dan jurulatih yang hilang dalam gua di thailand

Minggu lalu Thailand dikejutkan dengan kehilangan beberapa orang kanak-kanak pemain bolasepak bersama seorang jurulatih mereka, yang dipercayai terperangkap di dalam sebuah gua. Kes ini mendapat liputan meluas seluruh negara sejak beberapa hari lalu apabila mereka berjaya ditemui masih hidup.  Video yang viral di media sosial  mengenai penemuan kesemua mangsa oleh penyelam profesional dari United Kingdom. Apa sebenarnya yang berlaku ???

basikal mangsa terperangkap di dalam gua 7

Basikal dan pakaian bolasepak telah ditemui selepas seorang daripada ibu mangsa melaporkan kehilangan anaknya pada 23 Jun.  Pasukan bolasepak Akademi Moo Pa itu telah berbasikal bersama jurulatih mereka selepas sessi latihan.

GARIS MASA PENEMUAN 12 KANAK-KANAK DAN JURULATIH YANG HILANG

23 JUN -  Seramai 12 orang kanak-kanak ahli pasukan bolasepak yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki berusia antara 11 hingga 16 tahun, bersama seorang jurulatih mereka yang beusia 25 tahun dilaporkan hilang dipercayai tersesat dan terperangkap di dalam Gua Tham Luang di Thailand.

25 JUN  -  Operasi mencari dan menyelamat mula dijalankan selepas 2 hari mereka dilaporkan hilang.  Mereke dipercayai terperangkap di dalam gua kerana hujan lebat membanjiri pintu masuk gua.

26 JUN  -  Air hujan yang menutupi pintu masuk gua disalir keluar menggunakan pam bagi memberi ruang pernafasan antara permukaan air dan siling gua kepada penyelam.

air dipam keluar dari gua

27 JUN  -  Hujan lepab yang turun menyukarkan perjalanan operasi menyelamat yang dilihat sedikit terbantut.

28 JUN   -  3 orang penyelam profesional daripada United Kingdom, iaitu Richard William Stanton, Robert Charles Harper dan John Volanthen menyertai misi pencarian walaupun hujan lebat terus turun tanpa henti.

29  JUN  -  Ahli keluarga mangsa berkumpul di luar pntu gua denga harapan tinggi agar kesemua mangsa dapat diselamatkan.  Beberapa upacara keagamaan turut dilakukan.  Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha turut melawat ahli keluarga mangsa di luar gua terbabit.


30 JUN  -  Pihak berkuasa Thailand menghantar pakerj berbentuk makanan, ubatan, obor dan air minuman ke dalam gua.

1 JULAI  -  Penyelam Navy SEAL Thailand mengumumkan bahawa mereka percaya kesemua mangsa mempunyai peluang untuk terus hidup.

2 JULAI  -  Kesemua mangsa yang terdiri daripada 12 orang kanak-kanak dan seorang jurulatih ditemui masih hidup walaupun mereka dalam keadaan lemah.

3 JULAI  -  Bekalan makanan dan ubat-ubatan diberi kepada kesemua mangsa.

4 JULAI  -  Mangsa diajar menggunakan topeng menyelam dan alat pernafasan.

5 JULAI  -  Pihak berkuasa berdepan cabaran menyelamat lebih sukar.

6 JULAI  -  Seorang penyelam lemas ketika operasi menyelamat.

7 JULAI  -  Lebih 100 cerobong digerudi dari permukaan gua dalam usaha menyelamat.


MAKLUMAT MENGENAI GUA THAM LUANG DI THAILAND

Grafik ini menunjukkanlaluan yang diambil oleh para penyelamat untuk mencari kesemua mangsa yang hilang dan masalah yang dihadapi oleh mereka untuk membawa keluar mangsa daripada gua tersebut.


1.  GUA THAM LUANG, di mana kesemua mangsa terperangkap adalah antara gua yang terpanjang di Thailand dengan jarak 6 batu (bersamaan 9.7 kilometer) dan terletak di kawasan pergunungan Doi Nang Non.  Papan tanda amaran telah diletakkan di pintu masuk gua bagi mengingatkan pengunjung tentang bahaya memasuki gua tersebut ketika musim hujan.

2.  Tapak operasi menyelamat terletak kira-kira 700 meter daripada pintu masuk gua.  Operasi tersebut dipimpin oleh tentera laut SEAL Thailand.  Usaha awal mereka sedikit terbantut kerana kenaikan paras air hujan yang dipercayai terus memaksa mangsa-mangsa untuk bergerak ke dalam laluan gua yang semakin sempit.

3.  Para penyelamat berjaya sampai ke Monk's Junction yang terletak kira-kira 1,500 meter dari pintu masuk gua, pada Ahad 1 Julai.  Perubahan keadaan cuaca dan pengepaman air keluar yang berterusan berjaya mengurangkan paras air dan meningkatkan penghlihatan telah membolehkan penyelam untuk memasang tali pimpinan (guide ropes) sepanjang ruangan laluan yang diambil.

4.  Sebuah kawasan mercu tanda pada kedudukan yang lebih tinggi yang dikenali sebagai Pattaya Beach adalah lokasi di mana para penyelamat berharap untuk menemui mangsa.  Namun apabila sampai di sana, penyelamat mendapati kawasan tersebut turut ditenggelami air.


5.  Kesemua 13 orang mangsa akhirnya berjaya ditemui 200 meter daripada Pattaya Beach, berlindung pada permukaan tanah yang berada pada kedudukan sedikit tinggi, sambil dikelilingi limpahan air hujan.  Lokasi mereka ditemui terletak kira-kira 2,000 meter daripada pintu masuk gua.  Mereka ditemui oleh 2 orang pakar selam daripada United Kingdom.

6.  Kesemua mangsa telah diberikan makanan dan minuman bersih oleh ahli perubatan dan para penyelamat yang lain yang menyelam ke lokasi berkenaan untuk kali yang berikutnya.  Buat masa ini, mereka masih terperangkap di dalam gua dan tidak dapat dikeluarkan kerana limpahan air hujan masih memenuhi laluan gua.

PROSES MENYELAMAT MUNGKIN AKAN AMBIL MASA YANG LAMA


Walaupun telah berjaya ditemui, proses menyelamatkan bangsa bukanlah suatu tugas yang mudah.  Paras air yang masih tinggi di dalam gua serta hujan yang berterusan menyukarkan lagi keadaan.  Terdapat 3 langkah yang boleh diambil bagi menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap.

1.  Tunggu Sehingga Air di Dalam Gua Surut

Menunggu air di dalam gua untuk surut mungkin sedikit berisiko tinggi kerana musim hujan di THailand buat masa ini baru sahaja bermula.  Walaupun air sedang dipam keluar, hujan dijangka akan berterusan dan lebih lebat dan mungkin akan mengambil masa berbulan untuk surut.  Menurut laporan, bekalan makanan selama 4 bulan telah dibawa masuk ke gua berkenaan untuk mangsa-mangsa.



2.  Buat Laluan Baharu

Menebuk gua dari atasuntuk sampai ke lokasi mengsa terperangkap dilihat tidak praktikal.  Pihak berkuasa masih mencari beberapa pintu masuk lain ke gua berkenaan, namun gagal buat masa ini.  Menurut British Cave Rescue Council, proses menebuk gua dilihat sebagai berisiko tinggi kerana kesemua mangsa terperangkap di dalam ruangan yang sangat kecil.



3.  Ajar Mangsa Untuk Menyelam

Langkah ini adalah sangat ekstrim kerana menyelam di dalam gua bukanlah sesuatu yang mudah walaupun untuk mereka yang mempunyai pengalaman menyelam kerana ruangan yang sempit.  Selain daripada itu, air limpahan juga lebih pekat dengan campuran lumpur menghalang penglihatan ssama sekali. Ditambah pula dengan arus air yang deras, adalah mustahil untuk meyelamatkan mangsa melalui cara ini.  Malah, kesemua mangsa dilaporkan tidak pandai berenang dan apatah lagi untuk menyelam sambil memakai peralatan selam.

KESIMPULAN


Buat masa ini, para penyelamat masih memikirkan cara terbaik untuk membawa keluar kesemua mangsa dengan selamat dengan mengambil kira segala risiko yang ada. Penulis mendoakan agar kesemua 12 orang kanak-kanak dan seorang jurulatih yang terperangkap itu dapat diselamatkan dengan segera dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.



Daripada kes yang berlaku ini, kita harus mengambil iktibar untuk mematuhi tanda-tanda amaran yang diberikan di mana saje lokasi yang kita kunjungi.

Antara idea yang disyorkan oleh Elon Musk untuk bawa keluar mangsa yang terperangkap dari dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai, Thailand.






EXTRA :


SUMBER :  http://www.mstar.com.my/video/2018/07/03/pemain-bola-thailand-selamat/

SUMBER :
1.  https://iluminasi.com/bm/maklumat-terperinci-tentang-kes-12-kanak-kanak-dan-jurulatih-yang-hilang-dalam-gua-di-thailand.html 
2.  http://www.astroawani.com/berita-dunia/kronologi-remaja-thailand-sesat-di-gua-179933

No comments: