Showing posts with label ASAP ROKOK. Show all posts
Showing posts with label ASAP ROKOK. Show all posts

Monday, 13 August 2012

IKLAN 'PEMBUNUH SENYAP' YANG PALING SEMPOI...


Teman akui...sesuatu yang paling teman benci kat dunia ni adalah ASAP ROKOK..!!! ASAP ROKOK buat teman rasa sangat tidak selesa... berbau busuk.... huh!! Tak kiralah siapapun yang hisap rokok....teman tetap benci asap rokok tu sampai mati...!! Teman gelar orang yang hisap rokok tu sebagai PEMBUNUH SENYAP!!!


PELIK la kan... apa ke special jadahnya hisap rokok tu?!! Tak membawa manfaat langsung!!! Lain lah kalau dalam asap rokok tu ada Vitamin E, C dan zat-zat makanan yang sangat diperlukan tubuh badan...atau ada collagen ke.... ok lah tu...mungkin teman juga akan merokok...haha!!! 

Walau harga pasaran semasa rokok ni semakin meningkat....tapi bagi korang penagih rokok, harga bukan alasan untuk tidak merokok.... apa la sangat dgn sepuluh hengget tu jika dibandingkan dgn nikmat asap rokok  tu kan.... ye lah, apalah sangat nilai sepuluh hengget tu jika dibandingkan dengan nyawa diri sendiri dan orang-orang di sekeliling korang!!!! Kalau dpt hisap rokok...keluar pula asap berbunga-bunga, korang mana peduli siapa orang sekeliling korang kan...malah habuk rokok tu berterbangan terkena tudung atau baju teman pun, korang tetap tak peduli....mungkin korang akan salahkan teman kot; dah tau orang hisap rokok, apsal duduk dekat!!!

Alahai...! Teman tak benci korang lah....teman benci ASAP ROKOK aja....tapi kalau dah korang yg jadi kilang asap tu keluar... nasiblah kalau kena sumpah seranah.... xoxoxoxoxo....

TENGOK LAH VIDEO TU SAMPAI ABIS ye.....
BAYANGKAN KANAK-KANAK ITU adalah anak-anak atau adik-adik korang... korang marah tak?
Isssshhh!!! JANGAN MARAH ANAK-ANAK TU..... KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN....beb!!!!!!!!!

Sunday, 22 July 2012

WANITA BOLEH MOHON CERAI JIKA HADAPI MASALAH KESIHATAN AKIBAT SUAMI MEROKOK...???

Pelbagai amaran diletakkan  di kotak rokok, namun tidak menghalang jumlah perokok yang kian bertambah. - Foto AP

Pelbagai amaran diletakkan di kotak rokok, namun tidak menghalang jumlah perokok yang kian bertambah. - Foto AP

Hakim beri syarat amalan merokok ancam kesihatan 

Riyadh: Wanita Arab Saudi yang berdepan masalah kesihatan kerana suami mereka merokok dibolehkan memfailkan kes cerai terhadap suami, kata hakim yang ditemubual akhbar Al Watan.

Hakim Mahkamah Rayuan, Ebrahim Khodairi, berkata peraturan undang-undang dipohon dalam kes seperti itu yang boleh sampai ke tahap perceraian. 
Jejas kesihatan 

“Jika seorang wanita mengahwini seorang lelaki yang merokok dan disebabkan perbuatan itu si isteri mengalami masalah kesihatan seperti sakit dada dan alahan teruk, selepas menyatakan beliau sebenarnya tidak mahu mengahwini perokok, perkahwinan mereka perlu ditamatkan kerana kerosakan disebabkan asap rokok dan pasangan berkenaan sudah tidak boleh hidup bersama lagi,” kata Khodairi. 

Bagaimanapun, ia tidak termasuk kes wanita yang memang mengetahui bakal suaminya merokok sebelum berkahwin. 

Tambahan lagi, tempoh perkahwinan adalah satu lagi faktor bagi hakim untuk diambil kira, tambahnya. 
Sebagai contoh, kes wanita yang sudah berkahwin 20 tahun dengan perokok, akan digugurkan kerana wanita berkenaan sudah menerima hakikat itu. 

Terima pelbagai reaksi 

Kenyataan Khodairi menerima pelbagai reaksi yang disiarkan laman web rangkaian sosial. 

“Bagaimana saya hendak meyakinkan suami saya supaya berhenti merokok?” soal seorang wanita Arab Saudi. 

“Saudara lelaki saya merokok dan saya tidak tahan dengannya. Jika ini kesnya, semua wanita akan diceraikan,” kata seorang lagi lelaki, merujuk kepada peratus tinggi perokok di Arab Saudi. 

Menurut perangkaan rasmi, ada hampir enam juta perokok di Arab Saudi termasuk 600,000 wanita dan 772,000 remaja, pelajar sekolah menengah dan tinggi. 

Arab Saudi adalah pengimport keempat terbesar rokok dunia, lapor akhbar. – Agensi