Amboiiii... beg tangan Rosmah ye... hehehe..
Gambar yang tular di media sosial menunjukkan beg tangan mewah Hermes Birkin yang kononnya dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dikatakan adalah milik Datin Seri Rosmah Mansor adalah palsu.
Sebaliknya gambar beg tangan mewah Hermes Birkin yang tular dengan pelbagai warna dan disusun kemas di atas lantai ruang tamu itu adalah gambar yang diambil di dalam premis Shopfirstluxury di Singapura.
Sehubungan itu, pemilik premis barangan mewah Shopfirstluxury menjelaskan gambar berkenaan telah diambil di bilik pameran mereka.
“Jangan sebarkan gambar ini lagi. Para pelanggan yang mengunjungi saya di bilik pameran lama tahu di mana gambar ini sebenarnya telah diambil.
"Dalam era maklumat pantas ini, mari kita menjadi pembaca berita yang bertanggungjawab, dan berfikir dua kali sebelum berkongsi dengan rakan dan keluarga anda,” katanya.
Selain itu, pelanggan-pelanggan Shopfirstluxury turut berharap pemilik premis barangan mewah itu akan mengambil tindakan segera kepada individu yang menyebarkan gambar yang tidak benar itu.
Malah, bukan sahaja gambar beg tangan mewah Hermes Birkin sahaja yang disebarkan palsu. Terdapat gambar menunjukkan jam tangan serta sejumlah wang tunai yang kononnya dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga adalah palsu.
Hasil carian di Google imej mendedahkan beberapa imej yang tular itu adalah gambar hasil rampasan kes samun di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 2016. -utaranews
Laporan dari FMT
Singapore shopping website says the photos have nothing to do with 1MDB raids, after images are widely shared.
Photographs showing rows of expensive handbags being spread widely on social media were not the ones seized by police in 1MDB-linked raids over the past week – but taken from a shopping website.
Hahaha.. tak pasal2 sale boleh melonjak pulak ni ...
No comments:
Post a Comment