Saturday, 26 May 2018

1MDB : MOTIF DI SEBALIK NAJIB BOLEH TAPI MAHATHIR TIDAK BOLEH (PART 1)


Bila Pakatan harapan memerintah negara semua perkara dianggap membazir dan tidak menguntung kerajaan, dengan alasan punca menyebabkan Malaysia Akan Bankrap, tetapi aku hairan kenapa 9 tahun Dato Sri Najib boleh melaksanakan ke atas kesemua kesukaran yang dinyatakan Mahathir dan Guan Eng tanpa menjejaskan ekonomi dan kewangan negara, apatah beliau terpaksa membina negara dari najis-najis kerosakan 22 tahun Diktator Mahathir. 


Berikut adalah huraian kenapa dan apa motif tidakan Pakatan Harapan bagi (PART1) 1MDB

Kenyataan Guan Eng menyatakan 1MDB adalah muflis! Amat-amat menghairankan kerana semasa zaman Dato’Sri Najib telah berjaya berjalan dengan baik walaupun usaha mensabotajnya tidak terhenti-henti dijalankan Pakatan Pembangkang semasa itu dari pelbagai jalan cerita yang bertujuan memburuk,  menghilangkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap 1MDB.
Jika Guan Eng mengatakan Syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah muflis dan tidak mampu membayar hutang. 

Perkara pertama sekali yang patut difikirkan Menteri Kewangan yang yang terpalit sekandal rasuah ini, adalah melihat kemampuan 1MDB yang mempunyai aset bernilai RM43 Bilion tetapi Guan Eng tidak tidak tahu menggunakan asset ini bagi menyelesaikan hutang setakat RM30 bilion.

Kalau dicongak budak-budak darjah satu pun tahu 43-30= baki 13. Itu jawapan Guan Eng kata Bankrap. 

Apa motifnya? Adakah ini langkah pertama bagaimana membawa masuk kroni memiliki aset-aset 1MDB?

ASET-ASET 1MDB

1MDB memulakan pelan rasionalisasi pada 2016 untuk menjana keuntungan ke atas aset syarikat dari semasa ke semasa dan memenuhi obligasi hutangnya. 

Sehingga kini, ia belum mengingkari kewajipan pembayaran balik hutangnya.

1MDB juga menjual aset dan memindahkan pemilikan aset kepada MoF (Kementerian Kewangan) supaya ia dapat dikembangkan secara bebas daripada 1MDB.

Sebagai contoh, TRX (Tun Razak Exchange) berjaya menarik HSBC sebagai penyewa utama dan menandatangani perjanjian bagi Prudential Insurance, manakala 1MDB menjalin usaha sama dengan Land Lease untuk bersama membangunkan 17 ekar (6.88 hektar) tanah.

Komuniti perniagaan dan pelaburan antarabangsa sudah melihat melepasi isu lama dan berpuas hati terhadap ketelusan serta keterbukaan syarikat dan kini komited melabur dalam projek yang berasal dari 1MDB.

Syarikat ini tidak mempunyai masalah kewangan dan memenuhi semua tanggungjawab hutang kami secara penuh dan tepat pada waktunya, dan 1MDB menjangkakan dapat melakukannya sehingga sampai tempoh matang hutang akhir yang harus dibayar.

1MDB mempunyai aset hampir AS$11 bilion (hampir RM43 billion) dan hutang sebanyak AS$7.75 bilion (kira-kira RM30.2 billion), manakala aliran tunai daripada pelupusan serta pemindahan aset akan digunakan untuk melangsaikan hutangnya, ketika ini syarikat itu yakin terhadap keupayaannya untuk memenuhi semua kewajipan itu.

TANGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) HAJI 1MDB

Pada 2017 1MDB yang dikatakan muflis oleh Guan Eng dan Mahathir, adalah sesuatu yang pelik kerana Zaman Dato Sri Najib 1MDB mampu membiayai RM56 juta untuk program CSR bagi membiayai subsidi haji kepada rakyat iaitu jumlahnya:
1- 2011 111 jemaah haji
2- 2012 400 jemaah haji
3- 2013 800 jemaah haji
4- 2014 1,000 jemaah haji
5- 2015 1,200 jemaah haji
6- 2016 1,100 jemaah haji
7- 2017 1,100 jemaah haji
8- Dan 2018  juga 1,100 jemaah haji akan ditawarkan tetapi mustahil akan berlaku.

TANGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) 1MDB 

1MDB yang dikatakan muflis oleh Guan Eng dan Mehathir juga telah membelanjakan RM690 juta sejak 2010 bagi 60 projek domestik membabitkan projek khidmat masyarakat, pembangunan belia, kesihatan dan Pendidikan. Ini termasuklah:
1- Geran Dana PIBG
2- Geran akedemik pelajar SPM/STPM
3- Geran akademik Pusat Sri Murugan
4- Geran Peperiksaan Bersama (UEC)
5- Dana Belia 1Malaysia
6- Klinik Bergerak bagi 3 bot (Sabah & Sarawak) 5 bas (Semenanjung) bagi 72 lokasi di seluruh Malaysia.
7- Dana Projek Majudiri untuk membantu usahawan kecil bumiputera
8- Projek membina rumah di Kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak.

PENUTUP. Sejak 3 tahun lepas Arul Kanda mengambil alih Pelan Rasionalisasi 1MDB, pembangkang ketika itu telah mempolitikkan isu perniagaan ini untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Malang bagi mereka, rancangan rasionalisasi dalam jagaan Arul kanda Berjaya. 

Tetapi 1MDB sekarang dikatakan muflis bagi membolehkan dijadikan sebagai alasan menjual segala aset kepada kroni, itu tidak mustahil kalua kita mengamati balik sejarah 22 tahun Mahathir dan sejarah Lim Guan Eng menjual tanah-tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang bagi membiayai Projek Terowong Bawah laut. Walau apa alasan Pakatan Harapan sama ada untuk selamat ekonomi atau apa sahaja tetapi akhirnya kesan tindakan mereka akan menjadi tempias malapetaka kepada rakyat.

Persoalannya terbesar disini kenapa Dato Sri Najib tanpa menjejaskan kewangan negara iaitu Dato Sri Najib mampu meninggalkan RM430 bilion rezab negara sedangkan Guan Eng dan Mahathir bingung MOF kena tangung 1MDB. Dan untuk menjawab persoalan Guan Eng ini sekali lagi:

1. Selepas cadangan PAC & pelan rasionalisasi, aset2 1MDB telah dipindahkan ke bawah MOF
2. 1MDB jadi shell company
3. Bila aset 1MDB dijual, duit masuk kepada MOF
4. Bila bayar hutang, duit ini digunakan
5. Hasil jualan aset 1MDB bukan BAIL OUT, tapi wang 1MDB
6. Aset 1MDB ada RM43 Bilion tetapi Hutang Hanya RM30 bilion

Dan sekali lagi aku nak tanya kenapa Dato Sri Najib boleh buat dengan mengawal semua ini dengan baik tetapi Mahathir dan Guan Eng tidak mampu buat. Ada udang disebalik Mee?

Oleh : Mohd Fadzil

#faktaBukanAuta 
#SolidaritiNajibRazak 
#RinduZamanNajibRazak

No comments: