Monday, 12 March 2018

PUAK PH PAKAT DENGAN MEDIA ASING GULINGKAN PERDANA MENTERI


Usaha untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di luar negara semakin giat dilakukan. Setiap minggu media asing silih berganti lakukan kempen buruk mereka.

Mungkin inilah hasil dana AS$5 juta yang pernah diceritakan oleh exco Armada PPBM kepada Syed Saddiq dulu. Wang yang dikatakan disalur menerusi Yayasan Clinton untuk jalankan kerja kerja propaganda Mahathir dan pembangkang bagi mengulingkan kerajaan yang sedia ada di Putrajaya.

Jika dulu Wall Street Journal dan New York Times, kini ia beralih ke lebih banyak media asing dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB menjadi isu utama yang dimainkan.

Secara tiba-tiba media asing menjadi begitu berminat dengan isu 1MDB walaupun siasatan sudah dijalankan dan mendapati bahawa Perdana Menteri tidak terlibat dengan tuduhan salah guna kuasa itu.

Malah Pejabat Peguam Negara Switzerland pada Februari 2017 menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat dalam siasatan agensi itu terhadap 1MDB.

Jurucakapnya, Andre Marty berkata, Perdana Menteri Malaysia itu juga bukan antara suspek yang dituduh dalam melakukan kesalahan komersial dalam siasatan tersebut.

Jadi kenapa 1MDB menjadi sasaran? Kerana ia kini menjadi senjata yang digunakan oleh pembangkang untuk memburukkan Najib.

Walaupun ada isu lebih besar iaitu kehilangan wang sebanyak RM31.5 bilion oleh Bank Negara Malaysia (BNM)akibat urus niaga matawang asing (Forex) semasa zaman pemerintahan Mahathir Mohamad, namun pembangkang memilih untuk membisu selepas Mahathir menjadi sekutu mereka.

Betapa hipokritnya pembangkang sedangkan dulu mereka yang paling lantang bersuara terhadap kehilangan wang BNM itu.

Kini dengan bermodalkan 1MDB, menghairankan apabila tiba-tiba majalah Tempo, The Economist dan The Australian serta Sarawak Report terus berminat dengan isu 1MDB.

Semua ini adalah semata-mata untuk memburukkan Perdana Menteri. Kenapa pembangkang menggesa Swiss Bank memulangkan dana sebanyak RM430 juta itu sedangkan duit 1MDB tiada yang pun hilang?

Begitu juga dengan majalah Tempo yang menyiarkan karikatur kelihatan seperti ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low sedang memancing dan di bawah kapal mewah itu terdapat dua penyelam sedang melihat sebuah peti besi gergasi.

Padahal portal Indonesia JawaPos.com telah melaporkan penafian pihak berkuasa mengenai penemuan kononnya wang RM1 bilion ringgit dalam kapal yang didakwa milik Jho Low. Gambar duit itu sebenarnya adalah props yang digunakan untuk filem EVO 2.

Begitu juga dengan The Economist yang menjadikan 1MDB sebagai isu dan menghina pengundi kononnya mereka tidak mempedulikan isu berkenaan. The Economist juga secara biadap menggunakan perkataan pencuri.

Dalam kes anak Perdana Menteri Australia, iaitu Alex Turnbull pula, The Australian melaporkan bahawa Alex diketepikan dari kedudukan eksekutifnya di Goldman Sachs di Singapura selepas mendedahkan apa yang berlaku di sebalik perjanjian mencurigakan membabitkan 1MDB.

Laporan itu disiarkan ketika Australia bakal menjadi tuan rumah untuk pertama kalinya bagi penganjuran sidang kemuncak ASEAN-Australia pada 17 dan 18 Mac ini, di mana Perdana Menteri dijadual menghadirinya.

Semua ini mempunyai agenda tersendiri. Apabila media dalam negara sudah tidak berkesan untuk memburukkan Najib, maka media antarabangsa dijadikan sebagai sandaran.

Bukan itu sahaja, Sarawak Report juga masih menjadi bahan kempen utama dalam usaha menyingkirkan Najib melalui jalan tidak demokratik.

Selain media asing, Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada Januari lalu telah mengetuai pertemuan dengan 16 duta dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Tindakan terdesak itu dilakukan kononnya mahu memberikan tekanan Perdana Menteri supaya melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) secara bersih dan adil tanpa sebarang penipuan.

Campur tangan asing ini hanya mengundang petaka. Mana-mana negara berdaulat sudah pasti menolak campur tangan asing ini tapi malangnya di Malaysia, ada pihak yang sangat suka dengan negara asing malah mereka mengundang negara asing itu untuk mencampuri urusan dalaman negara.

Jangan biarkan pembangkang memperkotak-katikkan pemikiran kita justeru eloklah ditolak sahaja mereka ini pada pilihan raya umum nanti. Pembangkang di Malaysia ini sanggup berpakat dengan orang asing demi merampas kuasa di Putrajaya.


Tulisan :
Beruang Biru
BB816, Isnin
12 Mac 2018

No comments: