Wednesday, 8 March 2017

DOAKAN MOHD NOR AZRIN DAN KELUARGA SELAMAT PULANG KE MALAYSIA


Keluarga Mohd. Nor Azrin Md. Zain salah seorang rakyat Malaysia yang kini berada di Korea Utara bimbang akan keselamatan mereka sekeluarga.


Mohd. Nor Azrin yang bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kedutaan Malaysia di Pyongyang dihalang meninggalkan Korea Utara bersama-sama isteri, Iza Karmila Ramli dan tiga orang anak mereka.

Difahamkan Mohd. Nor Azrin bersama isteri, dan tiga anak mereka Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah dan Ayscha Zinnirah sudah berada di lapangan terbang untuk pulang ke tanah air, sebelum dihalang oleh pegawai Korea Utara dan diarahkan kembali ke pejabat kedutaan Malaysia.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga berkenaan, Mohd. Nor Azrin dilaporkan bergegas ke lapangan terbang tanpa membawa sebarang beg pakaian atau barangan.

Ketika ini katanya, keluarga Mohd. Nor Azrin mengharapkan doa daripada rakyat Malaysia agar Mohd. Nor Azrin sekeluarga selamat pulang ke Malaysia. - AAKJ

Post a Comment