Tuesday, 21 February 2017

WANITA MATI DITEMBAK DALAM KERETA BMW


GEORGE TOWN: Seorang wanita mati ditembak ketika sedang memandu kereta BMW miliknya di Taman Pekaka, Sungai Dua, dekat sini, Selasa.



Mangsa yang berusia 30-an, dipercayai meninggal dunia akibat cedera ditembak pada jarak dekat, dengan beberapa kesan tembakan ditemui pada tingkap keretanya.

Seorang lelaki bersenjata dipercayai telah melepaskan lebih dari tujuh tembakan dalam serangan itu yang berlaku pada pukul 5.30 petang.

Selepas ditembak, kereta BMW berwarna putih itu telah merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pekaka 1 sebelum berhenti di Lintang Pekaka 9.

Pasukan forensik polis berada di tempat kejadian untuk menyiasat kes itu. - mstar



Post a Comment