Wednesday 8 June 2016

CALON PAN DITEGAH DARI DITEMUBUAL MEDIA


SEMALAM merupakan hari ketiga berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Walaupun sudah masuk hari ketiga berkempen, calon Parti Amanah Negara (PAN) yang baru pertama kali bertanding dilarang untuk ditemu bual oleh para media.


Tindakan PAN dan Pakatan Harapan tidak membenarkan calon mereka ditemu bual amat mengewakan para pengamal media.

PAN dan Pakatan Harapan sepatutnya tidak boleh menghalang calon mereka dari ditemu bual.

Tindakan melarang calon mereka dari ditemu bual seolah-olah calon yang diletakkan Pakatan Harapan, ibarat calon masih kebudak-budakan dan masih belum bersedia untuk bertanding menjadi wakil rakyat.

Disebabkan larangan calon PAN ditemu bual telah menjadi bualan hangat... Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi memohon maaf kepada semua pihak.

Menurut Asmuni Awi, larangan itu dibuat kerana pimpinan parti mahu calon PAN memberi lebih tumpuan kepada kempen yang perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam tempoh terhad.

"Kami memohon maaf kepada media berdepan sekatan melarang mereka menemubual calon," kata Asmuni Awi.- AndyBolat/Utaranews.com

No comments: