Friday 1 April 2016

AZMIN DAKWA AMBIL AIR WUDUK DI MASJID/SURAU PUNCA PEMBAZIRAN


SELAYANG – Kerajaan negeri diminta menyediakan kemudahan setanding masjid moden seperti di Makkah dan Madinah terlebih dahulu sebelum mempertikai penggunaan air di rumah ALLAH itu.

Ketua Pemuda Umno Selayang, Mohamad Nazri Mohd Amin berkata, teguran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tentang penggunaan air di masjid dan surau yang tinggi disebabkan pembaziran semasa mengambil wuduk seolah ‘mandi’ tidak boleh diterima.
Menurutnya, kerajaan negeri membuat kesilapan dalam memberikan air percuma kepada rakyat sehingga merasa terbeban kini.
“Penggunaan air tinggi di masjid atau surau bukan disebabkan masalah ambil wuduk tapi kerana kepadatan penduduk dan kepesatan sektor industri.
“Tak perlu pertikai cara berwuduk kerana bil air dibayar oleh pengurusan masjid dan surau. Jika mahu contohi Makkah dan Madinah, mulakan di Selangor oleh kepimpinan kerajaan negeri sendiri,” katanya.
Katanya, Projek Langat Dua alami kelewatan juga disebabkan sabotaj kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan.
“Jika beri laluan dan kerjasama dari awal pasti projek tersebut sudah siap tahun ini.
“Masalah air yang berlaku di Selangor adalah disebabkan kedegilan kerajaan negeri sendiri yang sibuk berpolitik tanpa memikirkan kesan kepada pengguna yang kian padat,” katanya.
Ahad lalu, Azmin menasihatkan pengurusan masjid dan surau mengambil perhatian berkenaan penggunaan air dan mencontohi masjid moden dari Makkah dan Madinah yang telah mempraktikkan kawalan air bagi mengelakkan pembaziran.  - Sinar Harian

No comments: