Tuesday 22 March 2016

KENAPA ANWAR DAPAT LAYANAN VVIP .... BUKANKAH DIA BANDUAN ???

 
Free Malaysia Today  menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman lima tahun penjara kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya, menerima layanan istimewa di penjara.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar dibenarkan menerima 360 perjumpaan sepanjang berada di penjara bermula dari Februari 2015 sehingga setakat 13 Mac 2016.
Katanya, Anwar menerima layanan berbeza berbanding banduan lain di mana Anwar dibekalkan kemudahan pakar perubatan termasuk katil hospital, air mandi sejuk dan panas, dan tandas duduk, serta makanan mengikut saranan pakar perubatan seperti susu, kurma dan madu.
Katanya, layanan kepada Anwar itu bertepatan dengan undang-undang dan peraturan penjara di mana kesihatan banduan merupakan aspek yang perlu diberi keutamaan.
“Daripada 360 perjumpaan: 152 kali melibatkan pemeriksaan kesihatan di Penjara Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur; berjumpa dengan keluarga sebanyak 32 kali; dengan peguam 18 kali; dengan pakar fisiologi 33 kali; berjumpa dengan peguam di luar mahkamah 85 kali; naik turun mahkamah 24 kali bicara; menggunakan telefon 38 kali; menggunakan perpustakaan 52 kali; dan memberi 5 kali ruang untuk Seksyen 31 yang membenarkan banduan pergi ke acara pengkebumian,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Zahid menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua yang meminta penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung kelonggaran kepada banduan untuk mendapatkan rawatan di luar negara.
Mengulas lanjut, Zahid berkata, setiap banduan perlu mendapatkan rawatan di hospital tempatan sahaja dan tidak dibenarkan ke luar negara kerana alatan hospital di Malaysia setanding seperti di hospital antarabangsa.
Bagaimanapun sekiranya Anwar mahu menggunakan kepakaran doktor luar negara, segala alatan yang ingin digunakan boleh dipindahkan di mana-mana hospital di Malaysia untuk meneruskan rawatan terhadap bekas Ketua Pembangkang itu.
“Langkah dan tindakan yang dilakukan penjara itu adalah 100 peratus bergantung kepada peraturan penjara, dan akta negara kita masih belum membolehkan banduan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan di luar negara,” katanya.
Nota : Gambar sekadar hiasan

No comments: