Sunday 6 March 2016

6 'DOSA BESAR' TUN M TERHADAP PAS DEMI JATUHKAN NAJIB !!!


Doa Almarhum Tuan Guru Fadzil Noor agar Mahathir dilanjutkan usianya oleh Allah Taala untuk melihat kerosakan-kerosakan yang telah dilakukannya sepanjang menjadi pemimpin negara ini, seperti telah dikabulkan.


Mahathir yang merupakan nama yang dianggap sangat kukuh, sangat hebat dan utuh sebelum, kini pada sebahagian besar mata orang Melayu-Islam, dianggap sebagai pengkhianat terbesar dan pembohong paling wahid.

Berdekad-dekad Mahathir bercakap tentang keburukan orang lain, terutama sekali pihak yang dirasakan merupakan ancaman terkuat kepadanya. PAS dan jemaah PAS tidak pernah menjadi buah mulut yang baik kepada Mahathir kecuali ketika dia dipecat dari UMNO pada tahun 1969 dan berucap di pentas PAS menentang Tunku Abdul Rahman serta tahun 2005 ketika dia keluar dari UMNO di bawah pentadbiran Abdullah Badawi ketika dia mendesak Abdullah meletak jawatan.

Dosa-dosa Mahathir kepada PAS cukup banyak. Dosa fitnah, kezaliman, tuduhan rambang, hukuman secara zalim dan tohmahan yang dilemparkan oleh Mahathir kepada PAS terlalu sukar untuk diterima walaupun sebahagian besar generasi baru cuba untuk menafikan perbuatan-perbuatan jahat Mahathir.

1. Demonstrasi Padi di Kedah 1980 - tunjuk perasaan oleh para petani dan pesawah kerana harga padi yang menjunam rendah tetapi PAS dituduh menganjurkan demonstrasi di hadapan Wisma Negeri Alor Star, sedangkan hakikatnya, para petani dan mereka yang terlibat menyertai tunjuk perasaan untuk menuntut kenaikan harga padi hanya secara kebetulan adalah ahli dan pemimpin PAS Kedah.

Kertas Putih yang dikeluarkan kononnya, ada kumpulan di dalam PAS bernama Pertubuhan Angkatan Sabilulllah yang ditubuhkan pada 30 Oktober 1977 sebagai manifestasi sikap tidak puas hati segolongan ahli-ahli PAS dengan tindakan PAS menyertai kerajaan campuran dan matlamat asasi kumpulan tersebut adalah uuntuk menubuhkan kerajaan Islam yang tulen. 

Walhal kumpulan tersebut sebenarnya ditubuhkan oleh pemimpin UMNO Kedah dan apabila ahli-ahli PAS yang ada dalam kumpulan tersebut telah keluar beramai-ramai.

14 orang pemimpin PAS dan 3 orang pemimpin PAS Kedah telah ditangkap dan dikurung di bawah ISA kerana demonstrasi padi.

2. Tangkapan Pemuda 1984 - Kebangkitan Pemuda PAS pada sekitar tahun 1984 menggerunkan Mahathir. PAS menerusi sayap Pemuda telah melancarkan kempen agresif untuk menyebarkan perjuangan PAS. Ceramah-ceramah PAS mendapat sambutan, begitu juga dengan jualan kaset-kaset ceramah dan kuliah pimpinan utama memandangkan PAS langsung tidak diberikan akses untuk sebarang media kecuali Harakah yang dibenarkan edar di kalangan ahli-ahli PAS sahaja.

Perkembangan tersebut menyaksikan, Mahathir mengetuai gerakan menangkap anak-anak muda yang bersemangat Islam. 1984 menyaksikan ramai tenaga penggerak PAS ditangkap di bawah ISA, manakala ceramah-ceramah PAS pula telah diharamkan di Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah dan beberapa buah negeri lain.

Antara yang ditangkap termasuklah Ustaz Haji Abu Bakar Chik yang pada ketika itu adalah ADUN Terengganu bagi kawasan Jeram, juga merupakan Ketua Pemuda PAS Terengganu, merangkap AJK Dewan Pemuda Pemuda PAS Pusat. Bunyamin Yaakob, Exco DPPP yang juga merupakan Ketua Lajnah Dakwah dan Penerangan Dewan Pemuda Pusat, Ustaz Abdul Latif Mohammad dan Ustaz Mohammad bin Yusof pula telah dibuang negeri ke Kampar Perak dan Sitiawan, Perak.

3. Memali 1985 - Kemuncak kezaliman Mahathir yang menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menyelamatkan kuasanya dan menakut-nakutkan pihak yang menentangnya. Tragedi yang berlaku pada 19 November 1985 itu telah mengorbankan 14 orang ahli PAS termasuklah Ustaz Ibrahim Mahmood yang mahu ditangkap tetapi proses penangkapannya lebih kepada arahan untuk membunuh dan menghapuskan.

Pada akhirnya, 14 orang termasuklah Ustaz Ibrahim Mahmood terkorban, manakala di pihak keselamatan pula seramai 4 orang telah terkorban hanya kerana keghairahan dan nafsu Mahathir yang menyalahgunakan ISA.

Sepatutnya pihak berkuasa mengepung rumah dan persembunyian Ustaz Ibrahim, mengambil tindakan memutuskan bekalan makanan, air, berunding dan bukannya menyerang.

Seramai 110 orang telah ditahan dan penjara. 36 ditahan di bawah ISA dan ditempatkan di Kem Kamunting, Taiping mulai 22 Januari 1986.

Kerajaan Mahathir telah mengharamkan dan seluruh media massa terarah untuk mengkambinghitamkan PAS dan pimpinannya yang menyebabkan berlakunya peristiwa Memali terutama Amanat Haji Abdul Hadi Awang yang dikatakan mendominasi pemikiran pengikut PAS. Ibrahim Mahmood digambarkan sebaga penjenayah negara dan telah dituduh membawa ajaran sesat. Media-media milik BN telah diarahkan oleh Mahathir pada waktu itu menghitamkan semahunya watak utama peristiwa ini.

4. Operasi Lalang 1987 - UMNO atau lebih tepat lagi Mahathir berhadapan dengan masalah lagi kerana masalah kepimpinan. Dan seperti biasa, Mahathir akan segera melarikan masalah tersebut kepada PAS yang mudah dikambinghitamkan.

Tangkapan ISA yang dinamakan Operasi Lalang adalah kod yang digunakan untuk menahan 106 individu yang dikatakan mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam pada bulan Oktober 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Seramai 15 orang ahli dan pemimpin PAS telah ditahan dan antara mereka adalah Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Abdul Halim Arshad yang ditahan pada 18 Oktober 1987 dan dibebaskan pada 18 Disember 1987.

Zainuddin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Din Kubur Maras seorang aktivis DPP Kelantan, bekas Setiausaha Unit Amal PAS yang pertama telah ditahan pada 12 November 1987. Zainuddin telah dituduh ingin membentuk unit tentera sulit dalam PAS yang dikenali sebagai 'Jundullah' tetapi sehngga kini ia tidak dapat dibuktikan dan Zainuddin tidak pernah dibicarakan atas tuduhan tersebut.

5. Operasi Kenari 1988 - Tangkapan Operasi Kenari adalah kod pihak keselamatan bagi penangkapan ISA terhadap ahli-ahli PAS di Kedah dan Perak. Sebahagian besar yang ditahan adalah ahli-ahli Dewan Pemuda PAS yang aktif di peringkat pertengahan.

Penangkapan Pemuda PAS ini dikaitkan dengan isu Muasassah Darul Ulum, Kedah. Muassasah ini adalah model pekan Islam yang mengandungi pusat pendidikan Islam, perkampungan dan blok kedai. Ianya adalah perancangan PAS Pusat melalui PAS Kedah yang dipimpin oleh Ustaz Fadzil Noor. Ia mejadi satu su apabila kerajaan BN Kedah merampas tanah tersebut dengan alasan yang sangat teknikal maka reaksi keras timbul daripada ahli-ahli PAS yang setiap hari hadir ke situ untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan membela pemilikan tanah muasassah dan mengadakan kawalan keselamatan secara bergilir-gilir.

Fitnah kononnya para penyokong PAS menyimpan senjata di tapak Muasassah tersebut menyebabkan pihak berkuasa meningkatkaan kawalan keselamatan dan keadaan menjadi teang apabila pihak polis tidak dibenarkan masuk ke tapak muasassah kerana bimbang berlakunya sabotaj.

Isu kedua selain isu tanah muasassah adalah kebakaran di tapak SEMARAK di Perak yang turut menyebabkan beberapa orang Pemuda PAS Perak seperti Ustaz Sidek Noor, Jaafar Ros dan 30 yang lan ditahan. Tiada sebarang kertas putih dikeluarkan oleh kerajaan Mahathir untuk menjelasksan rasional operasi tersebut.

Sebaliknya yang kelihatan adalah kesungguhan Mahathir untuk mematikan semangat PAS terutama sekali gerak kerja Pemuda PAS yang agresif yan tidak mampu disaingi oleh UMNO.

6. Tangkapan Kumpulan Mujahidin - Mahathir terus berusaha untuk menggambarkan PAS sebagai sebuah pergerakan yang sangat merbahaya kepada negara ini. PAS dikaitkan dengan kegiatan militan dan dikatakan menyokong kerajaan Taliban di Afghanistan.

Pada tahun 2001, belasan orang telah ditahan di bawah ISA dan kkerajaan pada awalnya menggelarkan kelompok ini sebagai KMM (Kumpulan Mujahiddin Malaysia) tetapi akhirnya ditukarkan kepada Kumpulan Militan Malaysia.

Antara yang pernah ditahan adalah Ustaz Lutfi Ariffin, Solehan Ghaffar, Alias Ngah, Rafi Udin, Zainon Ismail dan pernah belajar di Pakistan sama adi Madrasah atau universiti di negara tersebut yang bersempadan dengan medan konflik Afghanistan (1979-1989).

Seorang lagi yang ditahan adalah Ustaz Nik Adil Nik Abdul Abdul Aziz yang merupakan anak Mursyidul Am PAS dan telah dinamakan sebagai Ketua KMM.

Semua peristiwa di atas merupakan sebahagian kecil daripada operasi pembusukan, pemburukan dan fitnah yang dilakukan oleh Mahathir ke atas PAS.

Justeru, apabila Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat Anti Najib yang menggabungkan semua kumpulan pembangkang, termasuk cubaan memujuk PAS, keputusan PAS untuk tidak menyertai kumpulan tersebut adalah tepat.

PAS hanya akan terus menjadi kambing hitam Mahathir dan DAP yang berada di belakang Mahathir dalam usaha mereka menggulingkan Najib Abdul Razak dan UBN.

Lebih baik PAS duduk diam dan menjadi pemerhati daripada terus menjadi mangsa.

SUMBER: SANTAU BERAPI

2 comments:

Unknown said...

Aku nampak admin blog ini hanya menulis fitnah yang direka oleh PAS dan dikitar semuala,Sekarang cuba jawab dosa besar PAS kepada umat ISLAM negara ini ,pada tahun 1984 dengan AMANAT HJ HADI dan persetujui PAS serta UST Fathil Noor telah mengkafir semua Ahli UMNO dan pemimpin UMNO ,kemudian dengan amanat sesat ini telah membuat akidah sebahagian ahli PAS menjadi sesat dalam mengkafir sesama islam Dosa besar pemimpin PAS ialah semasa kejadian memali Ibrahim libya dan kuncu kuncu nya telah terbunuh semasa bertempur dengan polis ,tampa di kafan mayat mereka ,mereka dikebumikan dengan pakain semasa terbunuh konon untuk membohongi pengikut PAS yang mereka ini mati syahid ,malangnya sekarang Hj hadi dengan tak malu sudah berpeluk dengan umno tidak bertaubat dengan kesalahan mengkafir orang serta mayat ibrahim libya di kebumi dengan tidak semperna jadi dosa ini terlalu besar termasuk la dosa besar admin blog ini terhadap Tun M ,aku rasa admin blog ini bacul tidak akan siar apa yang aku tulis.

Bicara Perjuangan said...

TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA DAN TINGGALKAN KOMEN. ALHAMDULILLAH.