Tuesday 23 February 2016

KEPALA SALMAN RUSHDIE BERNILAI


Harga kepala penulis buku yang menghina Nabi Muhammad S.A. W, iaitu Salman Rushdie telah diperbarui dengan tawaran sebanyak $600,000 telah diumumkan.


Salman merupakan penulis kelahiran India dan `The Satanic Verses’ merupakan novel keempatnya yang ditulis pada 1988. Dia dilahirkan sebagai seorang Islam.
The Satanic Verses telah mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia hinggakan Ayatollah Ruhollah Khomeini telah mengeluarkan fatwa bunuh ke atas Salman pada 1989.
Selepas fatwa itu dikeluarkan, Salman telah menghabiskan masa bertahun-tahun dengan menyembunyikan diri.
Kini selepas 20 tahun fatwa dibuat, sebanyak 40 pengendali media di Iran telah bergabung bagi mengumumkan wang berkenaan.
Salah satu penyumbang terbesar adalah Fars News Agency, yang menderma sebanyak hampir $30,000.
Menurut Timbalan Menteri Kebudayaan Iran, Seyes Abbas Salehi, fatwa itu adalah satu dikri yang tidak akan hilang atau dimansuhkan.

No comments: