Tuesday 2 February 2016

APA AKAN JADI JIKA PASANG AYAT RUQYAH DI DALAM KERETA ???


Dalam entri ini saya ingin kongsikan maklumat tentang ayat-ayat Ruqyah dan cara menggunakannya. Sebelum itu eloklah kita mengetahui serba sedikit apakah maksud Ruqyah.


Definisi Ruqyah

Makna ruqyah secara terminologi adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan makhluk halus.

CARA MENGGUNAKAN AYAT RUQYAH

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan ayat Ruqyah di dalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat). 

2) Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya di dalam kereta. Kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan. 

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat. Insya Allah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda. 

4) Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan ayat Ruqyah ini 3 kali sebelah air tadi (kira-kira 1 jam 20 minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat Qursy 3x dan Al Insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, ayat Ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan. 

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3 hari berturut-turut. 

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, insya Allah kita akan cergas dan kembali bersemangat. 

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI, SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*

Ayat-Ayat Ruqyah 

1. Al-Fatihah 
2. Al-Baqarah Ayat 1-5
3. Al-Baqarah Ayat 102
4. Al-Baqarah Ayat 163-164
5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Ayat 255
6. Al-Baqarah Ayat 285-286
7. Ali-Imran Ayat 18-19
8. Al-’Araf Ayat 54-56
9. Al-’Araf Ayat 117-122
10. Yunus Ayat 81-82
11. Toha Ayat 69
12. Al-Mukminun Ayat 115-118
13. As-Soffaat Ayat 1-10
14. Al-Ahqaaf Ayat 29-32
15. Ar-Rahman Ayat 33-36
16. Al-Hasyr Ayat 21-24
17. Al-Jin Ayat 1-9
18. Al-Ikhlas 
19. Al-Falaq 
20. An-Naas 


Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. 

* Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. 

Namun begitu, terdapat pendapat yang mengatakan memasang ayat-ayat ruqyah di dalam kereta yang sedang dipandu amat berbahaya.

Di bawah merupakan pendapat dari seorang pengguna Facebook yang memberi alasan jika seseorang dirasuk berada di dalam kereta, berkemungkinan beliau bertindak diluar kawalan.



Benar atau tidak, wallahualam.

Apa yang penting, ayat-ayat al-Quran merupakan mukjizat dan amalan terbaik dari semua aspek perubatan dan kehidupan seseroang muslim itu.

No comments: