Wednesday 20 January 2016

FASHA SANDHA BERCERAI TALAK SATU



KUALA LUMPUR: Pelakon Fasha Sandha, sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi.

Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, tiba di mahkamah pada jam 2.15 petang, sambil ditemani peguam serta beberapa rakan.

Fasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.


Jejai pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal, 7.

Pengesahan lafaz cerai itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab, ketika prosiding tertutup dalam kamar.


Jejai enggan memberikan sebarang komen ketika dihampiri media.

Bagaimanapun, dia yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah.

No comments: