Friday 29 January 2016

AHMAD MASLAN DILANTIK PENGERUSI BIRO IT


Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO hari ini menyaksikan Parti yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini mengorak langkah mengukuhkan jentera Penerangan serta pilihanrayanya.


Tan Sri Anuar Musa, Ketua Umno Bahagian Ketereh telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru bagi menggantikan Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan yang diberikan mandat baru sebagai Pengerusi Biro IT. Ahmad juga dilantik sebagai
ahli MT bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini pernah ditawarkan kepada Ustaz Kazim Elias.

Selain daripada itu, jawatan Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO yang disandang oleh Dato Sri Shafie Apdal diganti dengan Dato Seri Azeez Rahim bagi memantapkan usaha menambah ahli UMNO dan mendaftar pemilih. Tempat Azeez sebagai Pengerusi Biro Kebajikan diambil alih oleh Dato Samsul Anuar Nasarah.

Bagi memastikan generasi muda diberikan tumpuan yang lebih mendalam, Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UKM, Dato Razali Ibrahim telah dilantik mempengerusikan sebuah biro baru iaitu Biro IPTS. Penekanan juga turut diberikan terhadap pelajar-pelajar Malaysia diluar Negara melalui pembentukan Biro Pelajar Luar Negara yang diPengerusikan oleh Dato Sri Reezal Merican Naina Merican. Timbalan Menteri Kewangan, Dato Johari Ghani pula dilantik sebagai Pengerusi Biro Ekonomi UMNO.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi kali ini juga memberikan isyarat yang jelas bahawa Dato Sri Mukriz Mahathir mungkin tidak akan dikekalkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Ini memandangkan beliau tidak dijemput menghadiri mesyuarat MT Umno kali ini. Malangnya, walaupun tidak diundang, Mukriz tetap hadir sehingga memaksa Setiausaha Agong mengarahkan agar mereka yang tidak diundang meninggalkan Mesyuarat. Kedegilan Mukriz ini dilihat sebagai satu cubaan untuk menagih simpati seolah-olah beliau dihalau keluar. Mungkin ramai tidak menyedari bahawa Mukriz bukan Ahli MT, sebaliknya hanya berstatus turut hadir selaku Pengerusi Perhubungan. Jika Presiden mahukan Pengerusi yang baru, maka hilanglah kelayakan beliau untuk menyertai Mesyuarat MT lagi.

ROMBAKAN : UMNO MENAMPAKKAN KESEDIANNYA BAGI MENGHADAPI PILIHAN RAYA
Oleh Dato' Lokman Adam

Berikut merupakan pelantikan baru dalam parti tersebut:

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih:
Penyandang - Datuk Seri Shafie Apdal
Pengganti - Datuk Seri Azeez Rahim

Pengerusi Biro Kebajikan:
Penyandang - Datuk Seri Azeez Rahim
Pengganti - Datuk Samsul Anuar Nasarah

Pengerusi Biro IPTS ( biro baru):Datuk Razali Ibrahim

Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara:Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican

Pengerusi Biro Ekonomi Umno:  Datuk Johari Ghani

No comments: