Tuesday, 22 December 2015

MULUT LANCANG SOO WINCCI DAN 'JARI' ARTIS MALAYSIA... KUTUK PEMIMPIN NEGARA ???


Geng-geng artis Malaysia yang merasakan diri mereka berkebolehan, tahu pasal dunia politik, makin lancang mulutnya menghina dan mengutuk kepimpinan ahli-ahli politik Malaysia. 


Pelbagai tomahan dilemparkan konon diri mereka terlalu suci dan belum dinodai dengan dosa. Antara artis politik terbabit adalah Soo Wincci.

Turut menjadi ikutan, artis pereka grafik Fahmi Reza, 38. Mahu mendapatkan perhatian, Fahmi juga melahirkan rasa jijiknya terhadap politik melalui karya lukisan. Hampir kesemua ahli politik dipermainkannya melalui lukisan kartun karyanya.

Tercetusnya idea ingin perbodohkan ahli politik melalui satu ilustrasi di Facebook. Mangsanya bermula dengan DS Najib Razak diikuti dengan Mahathir Mohammad dan seterusnya…

"Semuanya bermula dengan satu ilustrasi yang saya dipaparkan di Facebook pada 23 Jun, 2015 kerana saya mahu mengulas mengenai skandal 1MDB dan dakwaan penglibatan perdana menteri kita dalam kontroversi.

"Dan sebagai pereka grafik, saya lebih cenderung berkongsi komentar saya secara visual melalui poster politik dan ilustrasi yang menyindir.

"Saya mereka ilustrasi untuk membuat ia kelihatan seperti datang daripada imaginasi buku mewarna ABC. Ia mempunyai lukisan menyindir Najib bersama kapsyen ‘Mari mewarna ABC! K untuk koruptor’," katanya.

Fahmi terlalu suka menghina ahli politik sehingga tercetusnya idea untuk menghasilkan sebuah buku diberi nama ‘ABC POLITIKUS MALAYSIA’. Wahhhhh memang dahsyat!! Lebih membanggakan beliau, naskahnya telah terjual 500 buah.

Berpendapat sama seperti artis-artis negara sebelum ini, baginya semua ahli politik tidak boleh percaya. Mungkin artis saja yang boleh percaya kot?? Suka keluarkan kenyataan tanpa guna otak dan tak belandaskan agama, boleh caya ke macam tue?

"Mengapa kita perlu taat kepada politikus ini? Kita meletakkan mereka di sana, mereka adalah orang yang harus mentaati kita, rakyat," kata Fahmi.


Sindiran dan kritikan mungkin suka menjadi lumrah dalam hidup insan berhati kotor ini, kita doa-doa jela dia mendapat hidayah dan cuci tangan dalam bidang menghina orang ni.- TiraGomez/UtaraNews.com

1 comment:

Azzamys said...

mulut bangkai babi..