Sunday 15 November 2015

PORTAL DAN BLOG PEMBANGKANG PASTI BENCI DENGAN BERITA INI....


Laporan di atas sudah pasti tidak akan disiarkan oleh portal-portal pembangkang an akan disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Anda baca : 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya menerajui Malaysia untuk mencapai antara rekod pertumbuhan yang paling mengagumkan di Asia Tenggara dengan menggabungkan dasar-dasar ekonomi pro-pasaran dan keterangkuman sosial, kata bekas Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.

John Dauth, yang berada di Malaysia dari 1993 hingga 1996, berkata sejak Najib menjadi Perdana Menteri, 1.8 juta pekerjaan diwujudkan, membawa kepada kadar pengangguran 3.0 peratus — antara yang terendah di rantau ini dan separuh atau kurang daripada Indonesia (6.0 peratus) dan Filipina (6.8 peratus).

"Pertumbuhan tersebut turut menyaksikan transformasi taraf hidup, dengan purata pendapatan isi rumah meningkat lebih daripada 20 kali ganda. Malaysia mencatat prestasi baik dalam beberapa dekad ini selepas 1970.

"Sebagai hasilnya, negara berada di ambang melepasi had Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada US$15,000 per kapita dan bakal memasuki tahap pendapatan negara maju, dan matlamat Najib diberi tumpuan dalam program ekonomi 2016-2020 Malaysia," tulis beliau dalam ruangan pendapat untuk The Australian, yang disiarkan hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri mengambil langkah awal untuk mengukuhkan kewangan awam, penting sebagai penampan terhadap trend global, dan menurut rundingan Artikel IV Dana Monetari Antarabangsa baru-baru ini, "pengukuhan fiskal adalah tepat pada masanya, pada kadar yang sesuai, dan kekal pada landasan yang betul."

Dauth menekankan pada tahun lepas, Najib mengambil langkah berani dengan mengambil peluang daripada penurunan harga minyak untuk menghapuskan subsidi petrol dan diesel.

Ini tambahan kepada pengenalan cukai barang dan perkhidmatan pada kadar 6.0 peratus untuk mengukuhkan asas cukai negara dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas yang tidak menentu.

Dengan pelbagai pembaharuan dilaksanakan, defisit fiskal Malaysia hampir separuh sejak Najib menjadi Perdana Menteri dan bakal menjadi sifar pada tahun 2020.

Dauth berkata Malaysia merupakan sebuah negara dengan pertumbuhan ekonomi yang amat pesat ketika ini.

"Anda tidak akan mampu berbuat demikian tanpa kepimpinan yang baik daripada pemimpin seperti Najib," katanya - sumber
Perenggan terakhir artikel Malaysian Prime Minister Najib Razak’s reforms drive growth :
The Malaysian model combining social inclusivity and pro-market economic policies has delivered one of the most impressive growth records in southeast Asia, one of the most dynamic regions in the world. This is a country at a historic juncture in development terms, making the right decisions as it climbs the development pole. 
You don’t do that without the tried and tested leadership of someone like Najib.
Very interesting! Satu kenyataan yang tidak mungkin akan disukai oleh Pakatan Pembangkang dan pencacai-pencacainya. Kemungkinan besar mereka akan tukar topik jika ingin komen tentang artikel ini.

Dr. MiM

No comments: