Sunday 15 November 2015

4 PELAJAR SM ISLAM HIRA CEDERA PARAH BAS LANGGAR BELAKANG TRELER

basrempuh_transformed
ANGGOTA Polis, anggota Bomba dan Penyelamat dan petugas LPT 2 menjalankan kerja menyelamat apabila sebuah bas persiaran yang membawa 54 pelajar bersama tujuh guru pengiring terlibat dalam kemalangan di kilometre 292.2 Lebuh Raya Pantai Timur LPT 2 dekat Kerteh, bas yang dinaiki melanggar belakang lori treler lebih kurang jam 2.15 tadi. – Foto ROSLI ILHAM/SHAMSUDIN HUSIN.

CHUKAI: Empat pelajar termasuk seorang pemandu parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 292.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) ,dekat Kerteh, malam tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 2.15 pagi, bas persiaran terbabit membawa 54 pelajar dan tujuh guru pengiring Sekolah Menengah Islam Hira Jeram Selangor.

Semua mereka dikatakan dalam perjalanan ke UNISZA untuk satu lawatan sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Semua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supeintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat mengikut seksyen 43(1) APJ 1987. -BH.

No comments: