Friday 27 November 2015

MULUT TERBAKAR DAN PATAH LEHER VAPE MELETUP KETIKA SEDANG DIHISAP


COLORADO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki hampir kehilangan nyawa atau lumpuh seumur hidup selepas rokok elektronik atau vape yang sedang dihisap meletup di mukanya, minggu lalu.

Laporan NY Dailynews mengatakan mulut Cordero Caples, 29 terbakar, selain patah gigi dan patah leher akibat kejadian tersebut.

Cordero kemudian dikejarkan dalam keadaan kritikal ke hospital Memorial dan menjalani pembedahan tulang belakang pada Ahad.

"Adik saya berisiko kehilangan nyawanya," kata kakaknya, Colessia.

Kata Colessia, adiknya tidak tahu vape berpotensi menjadi satu alat yang mendatangkan bahaya.

"Jika dia tahu apa yang vape itu boleh meletup, dia pasti tidak akan menggunakan alat itu lagi," jelas Colessia.

Cordero yang merupakan seorang ayah kepada anak perempuan berusia setahun kini stabil namun mengalami kesakitan akibat pembedahan tulang belakang.

Colessia berpendapat vape patut ditarik balik dari pasaran sehingga ia benar-benar terbukti selamat.

Vape yang digunakan oleh Cordero merupakan jenama Kangertech, produk sebuah syarikat di China.

Mereka kini bercadang mendapatkan peguam untuk menyaman syarikat berkenaan.- SH

No comments: