Sunday 29 November 2015

MILITAN SULU RANCANG BALAS DENDAM PERTEMPURAN DI LAHAD DATU SELEPAS PERTEMUAN NURUL IZZAH - JACEL KIRAM ???


Selepas kontroversi berita mengenai pertemuan diantara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dengan Jacel Kiram, anak perempuan kepada pengganas Sulu tersebar, kini tersebar pulak satu berita yang sedikit sebanyak menggusarkan rakyat, mungkin juga ada kaitan dengan motif pertemuan empat mata tersebut.


Perkara membimbangkan ini disuarakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed melalui laporan New Straits Times (NST). Melalui hasil risikan dan maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa kumpulan pengganas Sulu sedang merancang untuk melancarkan serang balas susulan daripada pertempuran di Lahad Datu pada 2013 lalu.

Kumpulan tersebut sedang merancang untuk merampas semula negeri Sabah selepas cubaan pertama mereka gagal. Rancangan merampas semula Sabah dikatakan bermula dengan kumpulan militan Sulu terbabit menyamar sebagai penduduk tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Militan tersebut akan menjalani kehidupan seperti rakyat biasa, dan ada diantara mereka adalah penduduk tempatan tetapi mempunyai kaitan dengan orang Selatan Filipina.

"Mereka adalah orang biasa, biasanya penduduk tempatan atau bukan warga Malaysia, yang mempunyai kaitan dengan masyarakat di selatan Filipina. Jadi, ada banyak dari mereka," katanya.

Bagi menggagalkan usaha menjajah Sabah, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sekarang ini sedang giat mengatur strategi bagi menghalang pergerakan mereka, dan giat memantau pergerakan penduduk-penduduk di kawasan sekitar yang menjadi dalang dengan pengganas Sulu.

Kita percaya bahawa pergerakan kumpulan pengganas Sulu ini berkemungkinan ada kaitan dengan pertemuan Nurul Izaah dengan anak perempuan Jamalul Kiram III, iaitu individu yang paling dikehendaki dan menjadi kepala dalam pencerobohan Lahad Datu.

Atas dasar keselamatan, Nurul Izzah dan Tian Chua yang menjadi dalang kepada pertemuan tersebut sudah disenarai hitamkan dari memasuki Sabah. Alasan pertemuan tersebut tidak disengajakan tidak boleh diterima akal sedangkan kini kumpulan militan tersebut tiba-tiba merencanakan semula pencerobohan kali kedua.

Mungkin Nurul Izzah pertaruhkan Sabah semata-mata untuk membebaskan bapanya si kaki liwat yang sekarang ini meringkuk dalam penjara.- UtaraNews.com

No comments: