SEBENARNYA .... ini memang info yang sangat mengejutkan. Adakah anda seorang peminat bubble tea? Tidak kisahlah jenama apa, pasti anda akan terkejut apabila membaca pendedahan yang dilakukan oleh seorang wartawan daripada stesen televisyen Shandong Television.
Jika anda ingin tahu, bubble tea ini juga digelar boba yang mana selalu digunakan di dalam minum teh yang kini banyak dijual. Kami tidak nafikan memang layan juga kadang-kadang. Bagaimanapun, semuanya berbeza di China.
Setelah wartawan dari China tersebut meminum teh susu bersama bubble tea tersebut dan kemudiannya menuju ke hospital bagi mengetahui adakah bahan tersebut hadam. Jawapannya adalah sangat mengejutkan.
Bubble tea yang bahan asasnya adalah berasal daripada ubi kayu sepatutnya dapat dihadamkan namun imbasan di hospital mengesahkan bahawa bubble tea berkenaan tidak dapat dihadamkan oleh sistem pencernaan.
Siasatan lanjut yang dijalankan di beberapa gerai yang menjual hidangan yang sama mendedahkan sesuatu yang sangat merbahaya – bahan untuk menghasilkan bubble tea di sana berkemungkinan terdiri daripada kasut kulit dan juga tayar lama. Perkara itu disahkan sendiri oleh salah seorang pengurus perniagaan berkenaan.
Populariti pearl milk tea atau bubble tea mula merudum pada tahun 2012 setelah sebuah universiti dari German mendedahkan bahawa kandungan bahan yang terdapat untuk menghasilkan bubble tea tersebut boleh menyebabkan kanser. Bagaimanapun, di China, ia masih lagi bertapak kukuh.
Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Bagi kami, rasanya bubble tea yang kami makan memang hadamlah agaknya. Apa pun, apa sahaja makanan tidak harus diambil berlebihan kerana mampu memberikan kesan sampingan pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment