Wednesday 4 November 2015

KANAK-KANAK BALIK MENGAJI NYARIS JADI MANGSA CULIK LELAKI BERTOPENG


SUNGAI PETANI – Seorang ibu mendakwa anaknya menjadi mangsa kes cubaan culik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri kelas mengaji di Kampung Merbok, kira-kira jam 5.45 petang kelmarin.

Norzaini Kamarudin, 30, berkata, selepas pulang ke rumah, anaknya, Nur Khairina Haziqah, 8, mendakwa dia didekati beberapa lelaki menaiki kenderaan pacuan empat roda dan ada antaranya memakai topeng.

"Anak saya cemas bila tengok ada lelaki bertopeng dekatinya sebelum ada seorang penduduk kampung datang menyelamatkan dia.

"Anak saya yang baru balik dari Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) terus berlari pulang ke rumah dalam keadaan tercungap-cungap sambil ceritakan hal sama berulang-ulang," katanya.

Laporan polis yang dibuat Norzaini.

Menurutnya, lokasi sekolah anak dengan rumahnya hanya terletak berhampiran dan dia tidak menyangka anaknya menjadi sasaran suspek.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian.

“Siasatan sedang dijalankan, namun kita juga sedang menyiasat kejadian sebenar yang berlaku sekiranya ia benar-benar wujud,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments: