Thursday 19 November 2015

APA KAITAN NURUL IZZAH DENGAN ANAK PEREMPUAN KIRAM DAN PENCEROBOHAN LAHAD DATU ???


ANDA tentu sudah tidak asing lagi terhadap wanita yang berdiri di sebelah kanan di dalam gambar di atas. Siapa lagi kalau bukan Nurul Izzah, anak sulung Anwar Ibrahim. Tetapi anda mungkin ingin tahu siapakah pula wanita berkemeja biru turquoise di sebelahnya itu? 

Gambar yang viral seantero dunia maya sejak semalam itu adalah Nurul Izzah bersama Jacel H. Kiram yang merupakan anak perempuan kepada Jamalul Kiram III yang sebelum ini telah mengarahkan seramai 200 orang tentera Sulu menceroboh Sabah pada Februari 2013.


Dalam gambar kelihatan Si Nurul Izzah bersama dengan Jacel H. Kiram Hasan memegang poster yang tertera perkataan "Release Anwar Immediately". Sebelum itu,  Nurul Izzah dilihat makan malam bersama Jacel dan seorang lagi lelaki, malah ada juga gambar mereka bersama-sama memegang poster 'Release Anwar Immediately'.

Gambar itu dikatakan dimuat naik oleh Nurul dan Jacel pada 9 November. Namun begitu , semakan terkini bagaimanapun mendapati status itu tidak lagi wujud.




Untuk rekod, 'Puteri' Jacel Kiram, anak sulung Sultan Jamalul Kiram III. Jacel Kiram bertindak sebagai jurucakap utama sewaktu 'mendiang' Jamalul Kiram menawan Lahad Datu dan membunuh perwira-perwira Negara yang gugur mempertahankan tanahair.


Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata bahawa dia diraikan anjurkan oleh Majlis Hal Ehwal Filipina dan Asian Institute for Democracy, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.

Selain Jacel, hadir pada pertemuan itu adalah bekas gabenor dan ahli kongres Batangas Hermilando Mandanas, ahli kongres Regina Reyes dan Silvestre Bello, Dekan Undang-undang, Amading Valdez, bekas ahli kabinet Romy Nery dan bekas Setiausaha Kehakiman Wencie Andanar serta ahli kakitangan naib presiden Filipina dan Datuk Bandar Manila.




Agak pelik bukan... kenapa anak perempuan dalang penceroboh Lahad Datu berjumpa dengan Nurul Izzah dikala rakyat Malaysia sedang bersedih dengan berita pengganas Abu Sayyaf memancung kepala tebusan Bernard Then iaitu tebusan terakhir yang diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah pada Mei lalu. ???

Ye benar, aku pun tertanya-tanya Apa sebenarnya hubungan Anak Anwar Ibrahim dengan Anak Kiram? Something suspicious nampaknya sedang berlaku kini. Apakah selama ini yang tersembunyi? Apakah peristiwa Lahad Datu ada kaitan dengan perhubungan mereka?

Mungkin video di atas mampu merungkai semuanye... mungkin...

No comments: