MAKKAH Berita tragedi berdarah kren gergasiroboh secara mengejut di Masjidil Haram di sini pada Jumaat lalu akibat cuaca buruk bukan sahaja menjadi topik panas ramai pengguna media sosial di seluruh Arab Saudi.
Malahan, antara topik yang paling menonjol dalam kalangan netizen tempatan apabila ramai mempersoalkan kualiti rendah kren itu sehingga tersebar khabar angin konon jentera berat tersebut adalah buatan dari China.
Cerita spekulasi itu yang menjadi sensasi bagaimanapun segera dinafikan bukan oleh kerajaan China sebaliknya pengeluar jentera berkenaan, Liebherr, sebuah firma perusahaan berat Jerman yang berpangkalan di Switzerland.
Kren ini memang milik syarikat kami, daripada jenis LR 13000 dihasilkan di kilang Ehingen di Jerman, ujar Kristian Kueppers, jurucakap Liebherr, yang dipetik portal berita tempatanArabnews.com pada 14 September.
Pihak firma Eropah tersebut turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang tidak terhingga terhadap ratusan jemaah terbunuh selain mangsa cedera susulan insiden kren setinggi 246 meter itu tumbang minggu lalu.
Pasti ada banyak sebab kren ini tumbang. Ketika ini, Liebherr masih belum dapat memberi apa-apa maklumat apakah punca sebenar jentera itu boleh tumbang.Kami masih menunggu hasil siasatan rasmi, kata Kueppers.
Model LR 13000 adalah kren paling tinggi di dunia dengan berat 3,000 tan dan berkeupayaan mengangkat beban sehingga 947 tan selain dikatakan tahan uji serta lasak dalam apa sahaja keadaan cuaca ekstrem sekali pun.
MenurutArabnews.com, ramai netizen di negara tersebut membuat andaian bahawa kren berwarna belang merah dan putih itu adalah buatan China, manakala jika yang kuning lazimnya dikaitkan sebagai buatan Jerman.
Mengulas tanggapan persepsi tersebut, Kueppers menjelaskan sebenarnya tidak ada pengaruh yang menentukan warna standard tertentu untuk membuktikan kren berkenaan sebagai hasilbuatan daripada negara mana.
Kren besar yang bernilai AS$26 juta (RM112 juta) rebah pada petang Jumaat menyebabkan111 orang maut dan 331 orang cedera termasuk mangsa dari kalangan bakal jemaah haji Malaysia. Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber: mynewshub
No comments:
Post a Comment