VIRAL sudah sekeping gambar yang menunjukkan pelajar Cina dan India sedang memayungi pelajar Islam yang sedang menunaikan solat dalam hujan renyai.
Sikap pelajar bukan Islam berkenaan mendapat pujian ramai serta dianggap sebagai watak sebenar 1 Malaysia yang perlu ada didalam hati warganegara.
Slogan Sehati sejiwa yang digunapakai untuk sambutan Merdeka kali ini merangkumi seluruh hubungan etnik sememangnya bertepatan dengan Bulan Kemerdekaan yang bakal disambut oleh seluruh rakyat Malaysia tak berapa hari lagi.
Jika dilihat dengan gambar diatas, perbezaan bangsa dan agama tidak membataskan hubungan semasa rakyat apabila pelajar berbangsa Cina dan India memayungi pelajar beragama Islam yang sedang menunaikan solat dalam hujan renyai di Kem PPMS UniMAP di Kaki Bukit, Perlis.
Inilah semangat setiakawan serta toleransi agama yang diperlukan oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum dan agama.
Syabas pelajar-pelajar UniMAP! - Utaranews.com
No comments:
Post a Comment