Mendung tidak hujan pun tidak, tiba-tiba angin kencang membawa berita bahawa rumahtangga penyanyi yang popular dengan lagu Cindai telah berantakan.
Bagaimanapun, Penyanyi No 1 negara itu, Dato’ Siti Nurhaliza luah rasa terkilan dan kecewa dengan penyebaran berita palsu atau fitnah kononnya beliau sudah bercerai dengan suaminya Dato’ Khalid Mohd Jiwa.
Beliau dengan panjang lebar mengarang kekecewaannya menerusi Instagram miliknya menegaskan penyebaran khabar palsu itu, di blog-blog tersebut hanya kepentingan mereka sendiri.
Malah, beliau mendakwa berita seumpama itu hanya meraih keuntungan di pihak blog itu sahaja demi mencari populariti dengan mengenepikan etika yang sepatutnya.
Dato’ Siti turut mengingatkan, perasaan sabarnya ada had dan menyifatkan tindakan blog itu adalah amat tidak wajar. - SUMBER
No comments:
Post a Comment