Friday 1 May 2015

GUAN ENG AKAN JAGA PERMATANG PAUH, AZMIN ALI JAGA KAJANG... WAN AZIZAH CUMA NAKKAN KUASA AJA, KERJA HAMPEHHH !!!


AIDCNews – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berjanji akan menjaga kawasan Parlimen Permatang Pauh jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang pada Pilihanraya Kecil (PRK) parlimen itu pada Khamis depan.

Manakala DUN Kajang yang diwakili Wan Azizah akan dijaga oleh Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
“Saya akan membantu dia (Wan Azizah) untuk menjaga Permatang Pauh apabila dia menang pada 7 Mei,” kata Guan Eng ketika berkempen di Padang Taman Guar Perahu, lapor The Rakyatpost
Ketika ditemui di majlis yang sama, Azmin ketika berkata beliau berpuas hati dengan prestasi Wan Azizah sebagai ADUN Kajang.
Sementara itu, Wan Azizah, sebelum ini berkata bahawa kedudukannya sebagai Presiden PKR berkemampuan untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Azmin untuk menjaga DUN Kajang.
Azmin, yang juga Anggota DUN Bukit Antarabangsa dan Ahli parlimen Gombak mengulangi pendiriannya bahawa sebagai Menteri Besar, Kajang akan dijaga dan beliau akan bertanggungjawab untuk memastikan projek pembangunan dilaksanakan.
“Walaupun beliau adalah seorang wakil rakyat baharu, beliau telah berjaya menyelesaikan banyak isu-isu tempatan seperti pengurusan sisa dan kesesakan jalan raya, menunjukkan keupayaan beliau dalam menjaga kawasannya,” kata Azmin.

No comments: