PERMATANG PAUH, 30 April – Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun hari ini menafikan beliau terlibat dalam sebarang komplot untuk menumbangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, tiada sebarang komplot ke arah tersebut membabitkan kumpulan Pemuda UMNO yang digelar ‘Geng 5 Sekawan’.
“Tak wujud, (riak muka).. kita fokus kepada gerak kerja untuk memenangi undi orang muda, untuk memenangkan calon kita di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan calon kita di PRK Rompin,” katanya kepada PRU14.tv hari ini.
Berkenaan itu, sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin telah menjawab perkara berkaitan kewujudan gerakan berkenaan pada hari penamaan calon menafikan wujudnya gerakan berkenaan.
“Laporan wujudnya gerakan untuk jatuhkan Presiden Umno yang dimulakan oleh Naib saya Azwan adalah tak benar sama sekali dan perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung, Tengku Adnan.“Saya melihat ini adalah usaha untuk melagakan Presiden dengan Pemuda Umno sebab ia mempunyai implikasi bahawa ia bermula dari Pemuda dan saya pun tahu tentang gerakan tersebut,” katanya ketika itu.
Khairul Azwan hari ini menghadiri program Ziarah Prihatin di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh bersama kira-kira 100 buah geng motosikal Pemuda BN. – PRU14.tv
No comments:
Post a Comment