Sunday, 5 April 2015

SABOTAJ PUNCA HELIKOPTER MELETUP DI UDARA DAN TERHEMPAS.... INGAT LAGI NAHAS HELIKOPTER YANG MENGORBANKAN TAN SRI YAHYA AHMAD DAN ISTERI ???


Astro AWANI menemubual seorang juruterbang helikopter berasingan ketika kejadian.

Beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Kapten Lee menjadi saksi di udara, sedang terbang dari Johor ke Subang, menyaksikan nahas berlaku.

Kapten Lee menyatakan semasa beliau tiba di Kajang didapati terdapat sebuah lagi 'kapal' yang datang dari Kuantan.

Beliau menyatakan telah berhubung dengan Kapten 'Kapal' tersebut beberapa minit sebelum 'kapal' tersebut dilihat menjunam dan akhirnya terhempas serta mengeluarkan asap hitam. Kapal beliau semasa kejadian berada bersebelahan dengan 'kapal' nahas.

Kapten Lee dengan penuh yakin menyatakan cuaca bukan menjadi faktor utama kepada kemalangan tersebut walaupun cuaca semasa kejadian adalah hujan panas, namun tiada ribut. Cuaca ketika kejadian adalah cerah.

Beliau kemudiannya tidak mahu mengulas lanjut mengenai punca kejadian dan menyerahkan kepada siasatan pihak berkuasa.



Tan Sri Jamaluddin Jarjis Antara yang terkorban

Jamaluddin Jarjis antara terkorban
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis antara enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, petang tadi. Beliau berkata, Jamaluddin berada di dalam helikopter berkenaan ketika nahas berlaku.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendengar laporan siasatan daripada pihak-pihak berkenaan mengenai kemalangan helikopter yang melibatkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Dato Azlin Alias, serta 4 mangsa-mangsa lain.

Manakala, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan mengesahkan enam identiti mangsa nahas helikopter adalah seperti berikut: 


1. Kapten Clifford William Fournier (juruterbang)
2. Aidana Baizieva (pembantu juruterbang) 

3. Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin)
4. Razakan Seran (pengiring Tan Sri Jamaluddin)
5. Datuk Sri Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri)
6. Datuk Tan Huat Seang

Pengarah Bomba Negeri Selangor, Othman Abdullah berkata, keenam-enam mayat mangsa nahas helikopter sudah ditemui dan akan dibawa keluar dalam masa sejam. Helikopter jenis AS365 Dauphin terhempas berhampiran Jalan Sungai Lalang-Kampung Pasir Baru di sini.


Mayat pertama nahas helikopter mula dibawa keluar dari lokasi, 11.20 malam tadi untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, seorang saksi Roslan Harun, 53, yang berada berhampiran lokasi kejadian melihat api marak di kawasan kebun kelapa sawit. 


Menurutnya, dia tidak dapat menghampiri lokasi kejadian dan berada kira-kira 200 meter dari serpihan badan utama helikopter berkenaan.

"Ketika kejadian hujan lebat dan saya terus menghubungi bomba memaklumkan kejadian itu. "Saya kemudian keluar dari lokasi nahas untuk menunjukkan jalan kepada pihak berkuasa untuk masuk ke sini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian nahas. SUMBER


Apakah nahas helikopter ini akan menimbulkan banyak spekulasi sebagaimana  yang terjadi kepada Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad dan isterinya yang terkorban juga dalam nahas helikopter dan 'kejadian' nahas itu hampir sama .... meletup di udara, terhempas dan meletup sekali lagi ketika terhempas.... Hingga kini nahas tersebut terus menjadi tanda tanya kepada yang ingin tahu cerita sebenar di sebaliknya... dan adakah pendedahan blog ini adalah benar?  Wallahua'lam......

No comments: