Sunday, 5 April 2015

HARIAN METRO TOKOK TAMBAH CERITA SEBENAR PENGANTIN KENA 'SAMAN' !!!


SEMALAM, satu gambar memaparkan seorang pengantin lelaki ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya akibat kegagalan fungsi lampu brek ketiga kereta, telah dikongsikan ramai pengguna laman sosial.


Kisah tersebut juga dilaporkan akhbar Harian Metro yang mendakwa persandingan pengantin tersebut bersama pasangannya terpaksa ditangguhkan selama beberapa jam akibat kejadian tersebut.

Difahamkan, individu berusia 20 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang menuju ke Segamat, Johor menaiki kereta Perodua MyVi.



Hasil laporan tersebut, ada segelintir pengguna menghentam anggota polis terbabit kerana mendakwa tidak bertoleransi dalam situasi itu. Namun, adakah itu cerita sebenar?

Ya, sekeping gambar mampu mampu memberi 1000 tafsiran. Sayangnya, ia bukanlah cerita sebenar yang berlaku pada hari kejadian.



Memetik kenyataan daripada pengantin perempuan, cerita yang dilaporkan di akhbar dan laman sosial tentang suaminya sudah ditokok-tambah.

Menerusi Facebook miliknya Nor Azlin Alink menulis, “Saya mengaku gambar yang dipaparkan itu memang gambar suami saya Encik Hafiz Jamal. Namun saya hairan bercampur keliru kerana jalan cerita yang ditulis dalam akhbar itu bukan cerita yang sebenar dan banyak yang ditokok tambahkan…

“Walhal kami dalam perjalanan untuk shooting gambar outdoor kami di Bukit Ibam.. Bukanlah untuk menghadiri majlis persandingan kami di Segamat. Kami datang dari Pasir Mas, Kelantan dan menuju ke Muadzam Shah.”


Nah! Memang betul-betul berbeza kan?

Bukan itu sahaja, Azlin turut menafikan mereka menaiki kereta Perodua MyVi ketika kejadian sebagaimana dilaporkan tetapi Nissan Navara.

Selain itu dia kesal dengan laporan tersebut kerana ia menyebabkan anggota polis yang bertugas ketika itu, ditohmah.

Saya jadi kesal bila baca komen-komen yang negatif berkaitan dengan PDRM diluahkan pada gambar kami… Sedangkan polis terbabit hanya memberikan amaran kepada kami bahkan menghulurkan salam dan mengucapkan ‘selamat pengantin baru’ kepada kami,” terangnya.

Azlin berkata, gambar tersebut berkemungkinan diambil dari akaun Facebook Polis Pahangyang telah memuatnaiknya pada 1 April lalu.

“Konklusinya saya dan suami tidak marah gambar kami diviralkan namun kami jadi sangsi dengan kisah yang dipaparkan bukan kisah sebenar. Terima kasih PDRM atas budi bicara yang baik buat kami,” akhiri Azlin.


Sumber  – MYNEWSHUB

Nak melariskan tebloid pun agak2 laaa..... bila cerita dah diputar belit dan lari dari kejadian sebenar, boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai dan paling dahsyat boleh menjadi fitnah...

No comments: