Sunday, 5 April 2015

MEDIA SOSIAL 'CEMAR' MARUAH HAFIZAL ???


Seorang individu bernama Hafizal, 27, merayu agar gambar kad pengenalannya tidak disebarkan lagi kerana tindakan itu mencemarkan imej serta maruahnya.


Dalam satu video yang dimuat naik ke laman Facebook, dia merayu agar gambar MyKad miliknya tidak disebarkan lagi yang kini mencetuskan kekecohan di media sosial.


“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak bagitahu kepada anda semua tolonglah jangan keluarkan gambar saya dan janganlah tunjukkan IC saya dan mengedit IC saya sampai macam itu sekali, saya malu sangat. Sebab saya nak cari rezeki yang halal.

“Saya tak ganggu orang, saya tak kacau orang. Tapi tolonglah jangan buat IC saya macam tu. Tolong jangan kata saya macam-macam. Saya merayu sangat.

“Saya hilang arah sejak saya nampak gambar-gambar IC saya dibuat macam tu, kawan-kawan saya hantar dekat saya, pelanggan hantar pada saya. Saya malu sangat. Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat,” katanya.

Difahamkan, gambar kad pengenalannya tersebar sejak akhir-akhir ini kerana dia didaftarkan sebagai seorang lelaki dan status jantinanya pula adalah khunsa.

Katanya, dia terpaksa menanggung malu apabila dia dihujani dengan pelbagai persoalan dan mesej dari rakan-rakan serta pelanggan tempat kerjanya malah lebih buruk, dia turut dilemparkan kata-kata buruk.

Lihat video DI SINI

No comments: