Sunday 15 March 2015

LIMA '15 : (FOTO) PESAWAT JUPITER TERHEMPAS KETIKA LATIHAN AEROBATIK


LANGKAWI: Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, sebentar tadi. 




Satu daripada  pesawat itu terhempas ke atas sebuah rumah di Kampung Gelam, Kedawang mengakibatkan dua penghuni rumah tersebut cedera rigan dan dikejarkan ke Hospital Langkawi..


Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berselisih dan terbabas. 

 
Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap.

 

Bagaimanapun, Juruterbang dan pembantu juruterbang dua pesawat Jupiter Aerobatic Team yang terhempas ketika latihan sempena LIMA'15, ditemui selamat.



Difahamkan bahawa DS Hishammuddin Hussein telah melawat kedua-dua pilot tersebut.


No comments: