Saturday 14 February 2015

PENGIKUT PAS UGUT BUNUH, DOKTOR PAKAR BEDAH BUAT REPOT POLIS


Akibat dari salah faham status update seorang doktor pakar perubatan, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir, beliau diugut bunuh oleh pengikut PAS yang berang.




Status update "Alhamdulillah.... Dah tak payah risau kena ludah." menjadi tumpuan pengikut PAS dan ramai di kalangan mereka marah-marah dan maki hamun di status update tersebut.




Kami menghubungi Dr Abdul Rahman Abdul Kadir untuk mendapatkan cerita yang sebenar dan apa yang beliau maksudkan dengan status tersebut adalah merujuk kepada kenyataan Nik Aziz yang sebelum ini mahu meludah muka ahli UMNO yang ingin menyatukan dua parti besar Melayu iaitu UMNO-PAS.




"Bukan saya yang ingin meludah Nik Aziz tetapi kitalah yang selamat dari diludah oleh Nik Aziz kerana sebelum ini beliau menghalang penyatuan UMNO-PAS. Saya lebih suka orang Melayu dan Islam bersatu," katanya kepada pihak Sebastian Phiu.


Dalam masa yang sama pengikut PAS yang juga pengikut Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin atau dikenali sebagai Dr Maza dilihat sangat agressif dan tidak dapat menahan kemarahan sehingga menggugut untuk membunuh beliau.

"Saya sudah bertanya kepada IGP dan PDRM berkenaan hal ini dan mereka menasihatkan saya untuk membuat laporan polis di balai yang berdekatan. Saya mungkin akan membuat laporan polis dalam masa yang terdekat," tambah beliau lagi.


Pengikut PAS memang sudah terkenal dengan sikap mereka yang agressif dan terlalu fanatik kepada pimpinan sehingga perkara yang boleh dibawa berbincang pun ingin diselesaikan dengan pergaduhan dan pertumpahan darah.

Lihat sahaja peristiwa memali, demonstrasi-demonstrasi yang tidak aman, pergaduhan dalam pemilihan parti sendiri, ahli yang menjadi pengganas dan pelbagai lagi. Tambahan pula individu yang menggugut pula kelihatan masih mentah dan potensi untuk dipergunakan oleh pihak tertentu adalah sangat tinggi.

Mungkin Dr Abdul Rahman patut membuat laporan polis sebelum berlaku perkara yang tidak diingini. Malaysia masih memerlukan ramai doktor pakar seperti anda dan bukan seorang pengganas yang hanya tahu menyelesaikan masalah dengan pertumpahan darah.


Seterusnya... baca di sini

1 comment:

Longchepoh said...

Nama saja rufaiq al islam patut diganti dng rufaiq sl syaitani