Tuesday 10 February 2015

MENJELANG KEPUTUSAN KES LIWAT 2 ANWAR IBRAHIM... SAIFUL TERUS BERISTIQAMAH.....


UMUM tahu, esok 10 Februari 2015  merupakan hari yang sangat penting dalam Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan.  Penentuan sama ada Anwar akan dibebaskan atau masuk 'kandang besi' akan ditentukan oleh hakim  yang menghakimi perbicaraan tersebut... Mari kita ikuti luahan hati mangsa kes liwat Anwar Ibrahim itu....


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Setelah kes saya ini berlanjutan selama hampir 7 tahun( sejak Jun 2008), akhirnya pada hari selasa ini, tanggal 10hb Feb 2015 ini, ia sampai ke penghujungnya. 

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.

7 tahun bukan satu jangkamasa yang pendek. Semasa saya buat laporan polis, saya baru berusia 23 tahun, kini saya sudah 30 tahun. Sebagai contoh betapa lamanya kes saya ini, Peguam saya Zamri Idrus masa mula kes dulu masih bujang, kini sudah berkahwin dan ada 4 orang anak.

Pelbagai jerih, susah, payah telah saya tempuhi. Juga pelbagai pengalaman pahit dan manis saya perolehi. Syukur kehadrat Allah SWT kerana kurniakan saya kekuatan, perlindungan, bantuan dan ketenangan selama ini. 

Insyaallah, jika ada kesempatan nanti, saya akan nukilkan sendiri dalam buku buat bacaan umum. Tak dapat saya nak tulis disini kerana ia terlalu panjang.

Apapun yang pasti, sehingga kini saya tetap Istiqamah, tidak sesekali saya menyesali tindakan saya melaporkan perkara ini.

Terkilan

Terus terang saya ingin luahkan, muktahir ini, saya amat berdukacita dan terkilan. Suara, layanan, keadilan dan keprihatinan terhadap saya sebagai mangsa jarang sekali diambil kira, malah dianggap tidak relevan dan tidak penting. Walhal saya ini mangsa, Anwar Ibrahim orang yang dituduh. 

Sungguh mengecewakan saya lagi apabila ramai dikalangan (Parti Kerajaan & Pembangkang, penganalis bebas, orang ramai) yang berbicara dan lebih "prihatin" tentang kesan kes ini terhadap senario Politik , berbanding kebenaran, fakta,  nasib dan keadilan buat saya sebagai mangsa.

Apapun saya sedar dan insaf, siapalah saya.. Saya hanya insan "kerdil" yang tak ada apa-apa kepentingan.. Anwar pula seorang VVIP, tokoh politik yang banyak "kepentingannya". Lumrah dunia..

Seterusnya baca di blog Saiful Bukhari

No comments: