Tuesday 10 February 2015

ANTARA YANG MENARIK DI ISTANA KEHAKIMAN SEHINGGA TENGAH HARI TADI


Rentetan di Mahkamah Persekutuan hari ini, sehingga tengah hari.

12.25 tengahari: Penyokong Saiful bersorak gembira dengan menyatakan bahawa keadilan telah ditegakkan pada hari ini dan seterusnya semua berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan NegaraKu.


12.20 tengahari: Mahkamah tangguh bersidang untuk berehat sehingga jam 1.00 tengahari pada mana tempoh hukuman akan dibacakan.

12.10 tengahari: Pihak peguam bela sedang meminta rehat sebelum hukuman dijatuhkan.

12.05 tengahari: Anwar Ibrahim didapati BERSALAH meliwat Saiful Bukhari. Semua menunggu hukuman yang bakal dikenakan.

Hakim menjelaskan bahawa terdapat bukti yang lebih dari mencukupi  dari segi saintifik dan sokongan bukti lain untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari.

11.55 pagi: Hakim Arifin turut menyatakan ahawa tidak ada sekalipun yang Anwar Ibrahim menafikan kehadiran beliau dan Saiful Bukhari di dalam kondominium tersebut.
Hakim turut menyatakan bahaa beliau mengambil kira dakwaan Anwar Ibrahim terhadap wujudnya konspirasi. Namun, dakwaan tersebut tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang merit.
Tiada konspirasi politik wujud.

11.50 pagi: Di Twitter pula, kebanyakan pemimpin pembangkang yang hadir mengirimkan tweet menyatakan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai kemungkinan yang sangat tinggi untuk disabitkan hukuman.
11.45 pagi : Hakim Arifin menambah bahawa tidak ada sebarang kesalahan  tentang sampel tersebut dan ujian kimia yang dijalankan.Sampel utuh.

11.40 pagi : Hakim Arifin turut menyatakan bahawa testimoni pakar kimia adalah konsisten dengan dakwaan Saiful serta tidak bercanggah.

Saiful Bukhari Diliwat.

11.37 pagi : Hakim Arifin turut menyatakan bahawa sampel air mani yang ditemui selepas dua hari adalah perkara yang biasa dan tidak luar dari kebiasaan.

11.34 pagi : Hakim Arifin turut menyatakan bahawa sampel dan tindakan DSP Jude Pereira, pegawai penyiasat adalah sangat berhati-hati dalam mengendalikan bukti kes.

Hakim juga mendapati bahawa sampel tidak dicemari.

11.33 pagi : Hakim Arifin juga menolak dakwaan peguambela Anwar yang menyatakan bahawa bukti tersebut diperoleh secara tidak sah.

Hakim Arifin menyatakan bahawa bukti tersebut dianggap sah dan terma yang digunapakai adalah bukti bebas.

11.30 pagi :  Untuk bukti dari lokap ula, Anwar telah menggunakan barang tersebut kerana loap tersebut kosong sebelum beliau.

11.25 pagi : Hakim Arifin kemudian membuka pula fail dari bukti pakar kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tentang bagaimana terdapat bukti yang menyokong dan prima facie berjaya dikemukakan dan Mahkamah Rayuan bersetuju.

“Saiful TIDAK bersuhabat dan terdapat bukti mencukupi untuk menyokong testimoninya,” Hakim Arifin menambah.

11.23 pagi : Hakim menyatakan bahawa Akta Bukti tidak memerlukan pembuktian bersama dan boleh berdiri dengan sendirinya. Bukti dari saiful boleh diterima tanpa pembuktian bersama.

11.21 pagi : Hadiah sut Brioni yang bernilai hampir RM23 ribu dan juga karpet yang dirampas adalah bukti yang diterima walaupun tidak kritikal.

11.20 pagi : Mengenai Saiful, Hakim Arifin menyatakan setiap perincian adalah penting dan diambil kira dan menyatakan bahawa bukti-bukti yang peguam Saiful kemukakan boleh diterima pakai.

11.17 pagi : Hakim Arifin seterusnya membacakan soalan peguambela Anwar Ibrahim terhadap Saiful tentang KY Jelly dan mengapa Saiful tidak melarikan diri selepas diliwat.

11.15 pagi : Hakim Arifin juga menyatakan bahawa pakar yang memberikan pendapat tentang keadaan sampel tersebut dari HKL meneliti bahawa tiada keraguan dari yang munasabah tentang sampel tersebut.

11.10 pagi : Pihak hakim kini sedang membaca testimoni saksi peguambela, Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds yang memberikan pendapat bukan perubatan bahawa Anwar Ibrahim tidak mampu melakukan aktiviti seksual kerana kecederaan pinggang.

Sekali lagi hakim juga meneliti hakikat yang Brian Mcdonalds mempunyai masalah integriti.
11.00 pagi : Dari kamar mahkamah pula, Ketua Hakim Arifin meneruskan kenyataan dengan mengemukakan kembali kronologi kes tersebut.

Saiful telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur di mana sampel sperma telah diambil oleh pakar kimia.

Kemudian beliau juga menyatakan bagaimana Anwar telah ditahan dan bersamanya diberikan tuala ‘Good Morning’, berus gigi dan sebotol air mineral. Barang-barang tersebut telah diambil oleh pihak polis dan sampel telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Anwar telah gagal untuk memberikan kenyataan dari kandang saksi mahkamah malah hanya menuduh bahawa ini semuanya konspirasi untuk menjatuhkan beliau dan menyatakan bahawa Saiful bersubahat.

10.58 pagi : Penyokong Anwar dan Suhaimi Adnan memberitahu wartawan bahawa mereka datang secara sukerela ke Istana Kehakiman Putrajaya tanpa sebarang bayaran. Mereka juga mendakwa bahawa penyokong pembangkang hadir dengan bayaran dan upah.

10.50 pagi : Penyokong Anwar Ibrahim masih engkar dan mengikut perancangan untuk membawa anak kecil untuk menyertai perhimpunan tersebut.

10.40 pagi : Penyokong Anwar Ibrahim apabila disoal oleh wartawan menyatakan bahawa mereka hanya dikumpulkan untuk turun ke Putrajaya untuk meramaikan khalayak untuk tunjukkan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Mereka mendakwa diberikan t-shirt ‘Rakyat Hakim Negara’ dan sedikit belanja makan tanpa memberitahu berapa nilainya.

10.30 pagi : Kemudian, beliau menyatakan semula insiden yang berlaku bermula dari kondominium dan bagaimana pelincir KY Jelly digunakan semasa kejadian itu berlaku. Arifin juga mengambil kira bahawa laporan awal doktor yang menyatakan bahawa tidak berlaku penetrasi dan mengambil kira juga integriti doktor yang memeriksa Saiful tersebut adalah diragui.

10.20 pagi : Ketua Hakim Arifin Zakaria mengatakan bahawa keizinan bukan salah satu perkara di dalam kesalahan tersebut, sambil menyatakan bagaimana Saiful pernah secara sukarela dan berkhidmat sebagai pembantu peribadi Anwar Ibrahim.

10.15 pagi : Ketua Hakim, Arifin Zakaria masuk ke kamar mahkamah dan memulakan sesi menyatakan latar belakang kes dan tuduhan terhadap Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim masuk ke dalam kandang tertuduh.

10.12 pagi : Kelihatan pasukan keselamatan yang terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia berkuda melakukan kawalan ketat di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.

10.00 pagi : Pembantu mahkamah sedang menyediakan fail hakim dan mahkamah djangka untuk bersidang pada bila-bila masa.
9.58 pagi : Penyokong Saiful sedang membacakan doa untuk kemenangan pihak yang benar dan dizalimi iaitu Saiful Bukhari.

9.51 pagi : Penyokong Saiful Bukhari bersama NGO yang menyokong Saiful Bukhari, yang dipimpin oleh Saudara Suhaimi Adnan, semakin membanjiri perkarangan Istana Kehakiman dan melaungkan “Liwat Tetap Liwat”.

9.23 pagi : Kelihatan seorang penyokong Anwar Ibrahim masih lagi degil dengan arahan polis dengan membawa anak kecil ke perhimpunan yang mempunyai kecenderungan untuk bertukar menjadi ganas ini.

9.07 pagi : Kelihatan khalayak yang menyokong Anwar Ibrahim kini mencecah kira-kira 600 orang dan mereka diketuai oleh Nik Nazmi yang juga memulakan laungan menyokong Anwar Ibrahim.

9.02 pagi : Anwar Ibrahim tiba bersama isterinya, Wan Azizah dan terus dikerumuni media dan jurugambar.

Bersama Anwar juga adalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim.

Anwar kelihatan letih akibat daripada ceramah beliau semalam di Padang Timur, Petaling Jaya.

Rancangan beliau untuk solat berjemaah di Masjid Besi, Putrajaya juga terpaksa dibatalkan kerana keletihan.

8.00 pagi : Bekas hakim persekutuan dan peguambela Anwar Ibrahim Gopal Sri Ram kini berada di dalam bilik mahkamah.

Beliau ditemani oleh Sangeet Kaur dan Eric Paulsen, yang baru-baru ini kecoh dengan kontroversi menghina khutbah Jumaat melalui twitternya.

Pasukan pendakwaraya pula yang hadir adalah DPP Mohd Hanafiah Zakaria, timbalan pendakwaraya dan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus.

Timbalan Pengarah Human Right’s Watch Asia, Phil Robertson juga berada di dalam kamar mahkamah.

7.30 pagi : Kelihatan sebuah helikopter sedang berlegar merakamkan situasi di Istana Kehakiman Putrajaya.

7.00 pagi : Kehadiran beberapa pemimpin PKR dan DAP mula datang ke kawasan di hadapan Istana Kehakiman. Antara individu yang diperhatikan hadir adalah Nik Nazmi, Rafizi Ramli dan Ronnie Liu.

6.30 pagi : Para wartawan dan khalayak dalam anggaran 200 orang menunaikan solat subuh secara berjemaah.

No comments: