Monday, 19 January 2015

TAHNIAH CALIPH BUSKERS.... PERTAMA KALI BERAKSI DI PENTAS AJL... MENANG PERSEMBAHAN TERBAIK PILIHAN PENONTON !!!


SUPERDUPER Power!!! Kejutan yang sangat menjadi yang dilakukan oleh Edry KRU apabila membawa kumpulan Caliph Buskers ke atas pentas AJL29 untuk menyanyikan lagu Romancinta bersama Mojo. 


Untuk makluman, Caliph Buskers merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan. Persembahan mereka membuatkan Abang Nara terharu dan meremang bulu roma. Malah ada yang menyatakan air mata mereka mengalir melihat persembahan Caliph Buskers semalam.

TERBUKTI mereka berjaya membawa pulang Persembahan Terbaik yang diputuskan melalui undian SMS penonton. Untuk makluman, Edry telah menemui Caliph Buskers ketika mereka sedang menyanyi di hadapan kompleks membeli-belah Sogo. Memang betullah orang kata setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Keluarnya Aweera daripada Mojo membuka pintu rezeki buat Caliph Buskers.


Nama penyanyi kumpulan Caliph Buskers ini ialah Azmi Saat. Walaupun pada mulanya kelihatan agak gementar, tetapi akhirnya kelantangan suara Azmi memukau jutaan penonton. Untuk persembahan kali pertama, ia adalah amat mantap sekali. Hari ini, Caliph Buskers telah muncul di radio Era untuk sesi temubual. Semoga semakin dimurahkan rezeki selepas ini. 


Tahniah diucapkan kepada Edry KRU kerana tidak takut untuk mempertengahkan bakat sebegini. Semoga akan ada kerjasama antara KRU dan Caliph Buskers. Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan ini, bolehlah LIKE Facebook Caliph Buskers.

Post a Comment