Saturday, 10 January 2015

SUAMI MUFLIS : RUMAH MEWAH PELAKON UMIE AIDA AKAN DILELONG ???


Bukan selalu haluan politik negara kita tersimpang dengan selebriti dan hari ini portal berita The Rakyat Post ada menulis satu laporan yang mengatakan suami kepada Umie Aida, Khairuddin Abu Hassan yang juga Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan kini muflis.

Dokumen mahkamah yang kini sedang hangat diperkatakan oleh blog blog politik menunjukkan yang Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah isytiharkan Khairuddin Abu Hassan muflis pada 14 Mei 2014 yang lalu, hari sama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang keluarkan arahan serupa.
Khairuddin yang dihubungi media mengakui sedar akan pengisytiharan diri sebagai muflis namun enggan untuk mengulas lanjut dan sedang bekerjasama dengan peguam.
Ekoran perkara ini, sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin terletak di Mont Kiara yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida bakal dilelong pada hari Sabtu ini di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.
Khairuddin Abu Hassan bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu tentang lelongan itu.

Post a Comment