Tuesday 6 January 2015

SELEPAS LANGKAH KAJANG GAGAL, ANWAR IBRAHIM MAHUKAN ANAK LELAKI NYA PULA MENJADI PERDANA MENTERI ???!!!


Pilihanraya Kecil Permatang Pauh bakal menyaksikan langkah drastik yang akan dibuat oleh Anwar Ibrahim. Menurut sumber dalaman, beliau sedang mempersiapkan anak lelaki tunggal beliau iaitu Ehsan bin Anwar yang kini berada di New York menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh untuk menggantikan bapanya yang berkemungkinan besar akan menjadi penghuni Penjara Sungai Buluh dalam masa yang terdekat.

Sebelum ini, rakyat Permatang Pauh tertanya – tanya, siapa yang bakal menjadi calon untuk bertanding di Parlimen tersebut. Anwar seolah-olah tahu untung nasib beliau apabila pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jangka hayat beliau sebagai Ahli Parlimen bakal berakhir tidak lama lagi. Dalam ucapan tersebut , Anwar turut meninggalkan pesanan buat PKR supaya menjaga Parlimen tersebut dan tidak membiarkannya jatuh kepada Barisan Nasional.

Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa Anwar yakin bahawa dia bakal dipenjarakan atas kesalahan yang telah dilakukan terhadap bekas Pembantu Peribadinya. Tambahan pula, baru-baru ini Anwar telah menghabiskan cuti panjang bersama keluarganya di New Zealand.

Walaupun negara sedang mengalami tragedi banjir dengan Kelantan yang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah dilanda banjir terburuk dalam sejarah namun Anwar tetap menghabiskan masa cuti yang cukup berkualiti untuk beliau bersama keluarganya.

Beliau hanya memberi alasan yang cukup tidak masuk akal kononnya tidak dapat pulang lebih awal daripada bercuti ketika banjir buruk melanda pantai timur semenanjung kerana tidak dapat mengubah semula jadual perjalanannya.

“Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar.” Cuma alasan ini yang diberi namun kita tahu bahawa beliau sekadar menghabiskan sisa-sisa masa yang ada untuk bersama keluarga.

Menurut sumber, Anwar hanya sanggup meletakkan Ehsan untuk menggantikan beliau memandangkan hanya anak beliau sendiri sahaja yang mampu beliau percayai. Sebelum ini beberapa pemimpin PKR yang menjadi kepercayaan beliau telah berpalin tadah. Oleh itu beliau amat berhati-hati dalam memilih calon untuk menggantikan beliau.

Walau apapun kita tunggu apabila mahkamah menolak rayuan Anwar Ibrahim dan beliau terpaksa menjadi penghuni Penjara Sungai Buluh sekali lagi. Ehsan sebagai anak lelaki tunggal Anwar terpaksa menyambung legasi ayah beliau. - UtaraNews

No comments: