Saturday, 24 January 2015

RAMAI LELAKI MINUM UBAT PERANGSANG S*KS GALI-GALI MUNTAH DARAH


Beberapa kejadian muntah darah dilaporkan dialami beberapa lelaki di sekitar Hulu Klang di sini, sejak seminggu lalu akhirnya membongkar penjualan minuman serbuk racun yang dibancuh bersama telur ayam kampung.


Siasatan mendapati lebih 10 mangsa ‘santau’ ini membeli minuman jamu maut yang mudah diperolehi di beberapa kedai runcit milik warga asing Indonesia di sekitar daerah ini.

Jurucakap Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cawangan Selangor berkata, pihaknya menerima aduan dan laporan daripada beberapa mangsa yang menghubungi pejabat serta mendakwa muntah darah sejak seminggu lalu.

Menurutnya, melalui laporan bertulis diambil, mangsa mendakwa muntah darah berulang kali selepas meminum campuran serbuk ubat perangsang seks jenama Gali-Gali bersama telur ayam kampung.

“Hasil risikan dan siasatan mendapati serbuk Gali-Gali diseludup dari Indonesia itu disahkan mengandungi racun sildenafil berlebihan dan masih dijual secara rahsia di pasaran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

Post a Comment