Monday 19 January 2015

MUAK DENGAN IKLAN QU PUTEH, CHEF WAN TUTUP TV !!!



Kami rasa kami boleh faham perasaan Chef Wan yang meluahkan rasa jelak dengan kaedah iklan yang digunakan oleh jenama kecantikan Qu Puteh di pentas Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) yang berlangsung malam tadi. Naik muak juga mendengar.

Menerusi akaun Instagram beliau hari ini Chef Wan berkongsi pendapat beliau tentang pengiklanan produk Qu Puteh yang berlebihan ketika AJL 29 berlangsung sehingga beliau mengambil keputusan untuk menutup televisyen selepas hanya beberapa minit siaran.

“I was trying to watch the Juara Lagu last night over TV3. After a few minutes i just got so irritated by that Qu Puteh thing that went off my head over and over again that become a huge turn off that I actually went off to my living room and rest and decided not to watch the show at all,” tulisnya.

Chef Wan juga menceritakan pengalaman beliau bersama sebuah jenama makanan sebelum ini yang memaksa beliau untuk menyebut jenama tersebut setiap kali bahan atau produk digunakan dalam program masakan beliau beberapa tahun lalu.

“There this penyakit with Malaysian TV station trying to hard sell a product on such a prestigious annual event that is completely a turn off that all other world TV station will never do! Pekak ke atau buta ke kita penonton jika diajukkan sekali dua bahan putih itu not to understand the product to the point the presenters pun nak menyebut dan permainkan benda tu over and over again”

“So distasteful,” tambah Chef Wan lagi. Ada benar juga apa yang dikatakan chef selebriti popular ini. Semoga Qu Puteh selepas ini boleh ambil iktibar supaya menggunakan kaedah pemasaran yang tidak terlalu menjengkelkan khalayak ramai selepas ini. (rtky/m)


Usahkan Chef Wan... keme pun nak muntah nengoknye..!!!

2 comments:

AuntyZah said...

Cuba kalau product Yahudi, syampu ke apa apa ke mesti semua orang MElayu DIAM dan TERIMA!

Tapi bila product Melayu mesti ramai yang hina dan tak setuju.

Bicara Perjuangan said...

Pandangan admin : Ini bkn masalah product. Tapi kreativiti iklan.