Thursday, 8 January 2015

GELOMBANG KEDUA BANJIR DI PERAK



8 JAN : Sebahagian kawasan di Perak mulai dilanda banjir gelombang kedua.
Golongan peniaga yang baru dan masih mengemaskan premis perniagaan mereka di Dataran Kuala Kangsar selepas dilanda banjir dua minggu lalu sudah pun diarah meninggalkan premis perniagaan masing-masing.



Kebanyakan kedai yang terletak berhampiran sungai mula dinaiki air sejak tengah hari tadi susulan hujan lebat yang melanda daerah ini sejak dua hari lalu.


Air Sungai Perak mula melimpahi kawasan sekitar Dataran Kuala Kangsar menghala ke Persiaran Sungai Perak dan polis sudah menutup laluan masuk ke kawasan berkenaan sejak tengah hari tadi.

Post a Comment