Sunday 4 January 2015

BENARKAH TSUNAMI ACHEH 2004 DAN MUSIBAH BANJIR KELANTAN 2014 ADA PERSAMAAN ???


Artikel ini  mungkin akan sangat kontroversi bagi pentaksub politik dan ianya releven bagi yang mempunyai akal yang adil/neutralis.

Walaupun  ada yang tidak setuju, masih ada yang setuju.


Ada sebab kenapa saya bermati-matian melawan Wahabi, Syiah, riba, penghinaan ulama, 
pembakaran kitab, mufti express, orang bodoh menjadi mufti dan lain-lain barah dalam umat. Jangan sampai Malaysia hilang dari peta bumi baru kalian dapat jawapannya.

Bila bala turun, semua orang tak kira yang kafir atau muslim, yang alim atau jahil, yang soleh atau fasiq, ahli masjid atau ahli zina, semuanya akan turut disapu bersih oleh Allah sebagai peringatan untuk taubat kepada ahli faisq serta peringatan untuk betulkan tertib dalam usaha dakwah, ilmu dan tazkiyyah (penyucian hati) bagi yang soleh.

Dalam kehidupan menuju angka 5 series kita telah saksikan 2 serambi Mekah ditelenggami air pada tarikh yang sama, tahun berbeza. Natijahnya sama, perjuangannya sama. Iaitu:-

1. 26 Disember 2004 - Tsunami di Serambi Mekah Acheh.
2. 26 Disember 2014 - Kemuncak tenggelamnya Serambi Mekah Kelantan.

## Gerakan Acheh Merdeka (GAM) - Perjuangkan hudud serta pernah mendoakan bala kepada bumi Indonesia.(yang akhirnya bala itu berbalik kepada mereka)
@@ Parti Islam Malaysia (PAS)- Perjuangkan hudud serta pernah mendoakan bala kepada bumi Malaysia.(yang akhirnya bala itu berbalik kepada mereka)

## Gerakan Acheh Merdeka (GAM)- Bermusuhan dengan kerajaan pusat serta pernah menganggap umat Islam di kerajaan pusat sebagai "kafir" atau "menolak Islam".
@@ PAS- Bermusuhan dengan kerajaan pusat serta pernah menganggap umat Islam di kerajaan pusat sebagai "kafir" atau "menolak Islam".

## Majoriti ahli GAM berada di Acheh lalu ditenggelamkan Allah.
@@ Majoriti ahli PAS berada di Kelantan lalu ditenggelamkan Allah.

## GAM diminta bergabung dengan parti kerajaan demi maslahat umat Islam tetapi mereka menolak.
@@ PAS diminta bergabung dengan parti kerajaan demi maslahat umat Islam tetapi mereka menolak.

Dan banyak lagi persamaan pada kedua-dua pihak yang malaslah nak senaraikan.

Walaubagaimanapun, jika orang kafir pun Allah masih beri makan kepada mereka, apatah lagi umat Islam, umat Nabi Muhammad yang setiap hari menyembahNya. Tentulah lagi-lagi Allah sayang. Allah turunkan bala kepada umat Islam bukan kerana benci, tetapi kerana ingin menegur dan betulkan apa yang salah. Natijah daripada teguran Allah, maka berlakulah:

## GAM meletakkan senjata dan bersetuju untuk berdamai dengan kerajaan.
@@ PAS juga harap-harap lepas ni dapat berdamai dengan kerajaan.

## GAM berjaya wujudkan daulah Islamiah mereka dan hukum Allah tertegak serta membuktikan undang-undang Allah itu releven.
@@ PAS juga harap-harap lepas ni akan teruskan agenda mereka untuk laksanakan hudud di Kelantan dan tegakkan hukum Allah di sana serta menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain bahawa undang-undang ini releven serta tidak lagi tunduk kepada Dajjal Alliance Party yang bermati-matian menentang hudud

Allah telah beri teguran kepada GAM agar bersatu demi umat Islam, kini Allah tegur pula PAS supaya bersatu sesama umat Islam demi kebaikan bersama. Dua kumpulan besar Muslim bertelagah selama puluhan tahun, akhirnya kaum Dajjal, kaum Kafir, kaum Komunis yang ambil kesempatan dan menuntut macam-macam hak sampai ada kaum Komunis dah mula minta kuasa autonomi di Penang selain permintaan menghalang azan, bible bahasa melayu, kalimah Allah dan lain-lain isu sensitif yang dimainkan kaum Dajjal mengambil kesempatan atas pecah belahnya umat ini.

## GAM buat keputusan untuk menyerah, bukannya memaksa kerajaan Indonesia yang menyerah kerana mereka sedar mereka adalah minoriti.
@@ Jadi PAS juga patut contohi GAM dan terima pelawaan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan Muslim yang kuat di Nusantara bukannya memaksa UMNO dibubarkan dan sertai PAS kerana wilayah PAS lebih kecil berbanding wilayah UMNO.

Kita inginkan kebaikan.... TAPI APA KATA PEMIMPIN  PAS...



No comments: