Saturday, 21 June 2014

SIAPAKAH SHARIFAH SOFIA YANG TENAT AKIBAT DISANTAU GARA-GARA PENDEDAHAN 'BERANI MATI' MENGENAI #MH370 ???

2

Menurut sumber berkenaan, Sharifah Sofia telah disantau gara-gara membuat pendedahan ‘berani mati’ mengenai maklumat terkini berkenaan kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370. Di atas adalah  kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini yang menyatakan kebimbangan tentang perbuatan khianat santau yang cuba dihantar kepadanya dan cerita terkini tentang keadaannya yang ditulis oleh ‘saudara terdekat’ beliau di wall fb semalam.



2


Apa sebenarnya 'pendedahan berani mati' yang beliau telah  dedahkan itu? Ugutan santau tu pulak dari siapa agaknya? Kenapa pendedahan itu membuatkan dirinya di santau ??? Dan soalan paling PENTING.... SIAPA SEBENARNYA SHARIFAH SOFIA SYED RASHID tu??? Aku langsung tak temui jawapan kepada soalan-soalan ku itu.  Tetapi aku cuba minta pertolongan google untuk mencari apakah pendedahan berani mati yang dimaksudkan..... Berikut beberapa hasil yang berjaya aku temui....





Pendedahannya mengenai MH370 hanya dilakukan di akaun facebook. Carian di google juga menunjukkan inilah akaun facebook milik beliau...


Dikhabarkan....cerita mengenai beliau tenat akibat disantau tu telah menjadi viral di media sosial semalam... ye ke?

No comments: