Di sini saya nyatakan pendirian saya sebagai seorang ahli UMNO dan Ketua UMNO Bhg Marang tetap akan berdiri teguh sebagai ahli parti UMNO dan tetap berdiri sebagai seorang pemimpin UMNO Marang dan tidak akan sesekali keluar dari Parti Keramat UMNO yang sudah menjadi darah daging dan asas perjuangan saya DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Saya berharap sahabat-sahabat kepimpinan dan warga UMNO Marang kuatkan semangat dan tempuhilah situasi politik dan kemelut UMNO Terengganu sekarang dengan bijaksana dan secara matang. Sebagai Ketua UMNO Bahagian Marang dan Adun BN Pengkalan Berangan yang menang dan diberi mandat dalam PRU13 baru-baru ini AMAT SEDIH dan KESAL dengan peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di Terengganu sekarang ini.
Sedih bila tumbangnya sebuah kerajaan BN yang terbentuk selepas PRU-13 (17 BN -15 PAS) bila ada di antara rakan-rakan wakil rakyat BN yang telah keluar parti dan berstatus parti bebas. Walaubagaimanapun saya terpaksa akur dan menghormati keputusan yang mereka telah buat. Sebab mereka dengan pendirian mereka. DAN saya sangat kesal dengan peristiwa pertukaran MB Terengganu yang amat mengejutkan dan terlampau drastik, sedangkan malam sebelumnya kita sama-sama berjemaah dan bersolat hajat dan membaca surah yassin bersama-sama dan bersalaman dengan penuh keinsafan di majlis menyambut ulangtahun ke 68 UMNO di PWTC.
SAYA AMAT KESAL kerana saya dan kebanyakan wakil rakyat BN dan Ketua UMNO Bhg. langsung dan tidak pernah diajak berbincang oleh mana-mana pimpinan tertinggi parti dalam hal pertukaran MB Teengganu, sedangkan sudah genap setahun kami bekerja kepada parti dan berkhidmat untuk kerajaan BN Terengganu malah UMNO Bahagan Marang telah membuat retreat dan sama-sama berikrar untuk memperkasakan UMNO Marang dan berjanji untuk menawan kembali 3 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen yang telah tewas dalam PU14 nanti.
Kalaulah kami diajak berbincang dulu dan memikirkan buruk dan baiknya, apakah risikonya nanti, MAKA situasi sekarang tidak mungkin berlaku. KENAPA jadi begini? MENGAPA harus berlaku? APAKAH DOSA-DOSA KAMI orang UMNO Terengganu?. Saya berharap YAB DS PM dan YAB TS TPM ambillah peranan segera untuk kembalikan maruah BN/UMNO Terengganu.
Kepada KAKANDA YB. DS Ahmad Said dan Datin Seri, maafkan saya. Kepada anak-anakku dan isteriku, sahabat-sahabat seperjuanganku dan rakan-rakan UMNO Marang, kuatkan semangatmu dan berdoalah semoga Allah swt. merahmati perjuangan kita (UMNO) dan kembalikan keperkasaan UMNO untuk AGAMA BANGSA dan NEGARA.
Maaf kepada kalian sekiranya luahan hati ku ini tidak disenangi. Airmataku yg berguguran ketika ku coretkan luahan ini adalah airmata perjuanganku! AKU DULU, KINI DAN SELAMANYA TETAP BERSAMA UMNO. Allahuakhbar!!!
Daripada,
YB A.LATIF AWANG, ADUN PENGKALAN BERANGAN merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang.
No comments:
Post a Comment